Menasihati pesakit untuk meningkatkan pengambilan cecair bagi merawat jangkitan respiratori / pernafasan akut

Doktor lazimnya mengesyorkan pengidap jangkitan pernafasan akut melebihkan minum lebih cecair. Jangkitan-jangkitan akut termasuklah selsema, sinusitis akut, tonsilitis, laringitis, bronkitis, radang paru-paru dan influenza. Ulasan ini bertujuan untuk mengetahui kebaikan dan keburukan syor ini. Potensi kebaikan cecair ialah menggantikan kehilangan cecair kerana demam atau pernafasan yang laju, merawat dehidrasi dan mengurangkan kelikatan lendir. Dalam jangkitan saluran pernafasan di bahagian bawah , kesan buruk cecair mungkin pencairan kepekatan natrium dalam darah, membawa kepada sakit kepala, kekeliruan dan sawan. Ulasan ini tidak mendapati bukti untuk ataupun halangan mengguna penambahan cecair dalam jangkitan pernafasan akut. Tiada kajian rawak terkawal dijalankan untuk menentukan manfaat ataupun keburukan cecair berlebihan. Adalah penting kajian lanjut dijalankan bagi menentukan kesan sebenar nasihat perubatan yang lazim ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information