Sesetengah intervensi fisioterapi adalah berkesan untuk sakit bahu dalam kes-kes yang tertentu.

Terdapat kadar prevalen gangguan bahu yang tinggi dalam masyarakat. Gangguan bahu boleh menyebabkan kesakitan dan kehilangan upaya. Fisioterapi merupakan rawatan utama untuk gangguan bahu. Dua puluh enam ujian menyediakan data yang mencukupi untuk dimasukkan dalam meta-analisis. Terdapat beberapa bukti daripada kajian yang mempunyai metodologi lemah yang menunjukkan bahawa sesetengah intervensi fisioterapi berkesan untuk beberapa gangguan bahu yang tertentu. Keputusan keseluruhan hanya menunjukkan bukti yang sedikit yang boleh digunakan untuk membantu rawatan. Oleh yang demikian, lebih banyak ujian berkualiti tinggi mengenai intervensi fisioterapi diperlukan termasuk ujian yang menggunakan kombinasi intervensi dalam rawatan gangguan bahu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information