Intervensi untuk menggantikan kehilangan gigi: pelbagai jangkamasa untuk meletakkan implan pergigian

Setelah meletakkan implan pergigian di dalam rahang, pesakit perlu menunggu beberapa bulan untuk penyembuhan tulang di sekeliling implan sebelum gigi tiruan dilekatkan kepada implan. Dalam tempoh ini, mereka biasanya menggunakan dentur boleh tanggal.Ulasan ini melihat kepada kesan pemasangan gigi tiruan sama ada pada hari yang sama implan diletakkan, atau dipasang awal (selepas 6 minggu) berbanding penangguhan biasa iaitu sekurang-kurangnya 3 bulan. Beberapa kajian juga membandingkan gigi tiruan yang dipasangkan agar tidak bersentuhan dengan gigi yang bertentangan (tiada beban oklusal). Carian bagi kajian adalah terkini sehingga 8 Jun 2012.Ulasan ini tidak menjumpai bukti pemasangan gigi tiruan sama ada pada hari yang sama, selepas 6 minggu (awal) atau sekurang-kurangnya 3 bulan (konvensional) menghasilkan sebarang perbezaan utama dalam kegagalan implan atau gigi tiruan, atau juga amaun tulang yang mengelilingi implan (sebarang kehilangan tulang adalah akibat yang tidak diingini).Lebih banyak kajian diperlukan dalam hal ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipa). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor/Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk pertanyaan tentang terjemahan ini, sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information
Share/Save