Penghalang saluran kalsium berbanding antihipertensi kelas lain bagi rawatan hipertensi

Penghalang saluran kalsium (CCB) adalah antara ubat antihipertensi pilihan pertama untuk pesakit darah tinggi,tetapi adakah ubat ini yang terbaik untuk menurunkan terjadinya komplikasi kardiovaskular masih tidak diketahui. Kami cuba menilai keberkesanan CCB sebagai penghalang komplikasi kardiovaskular berbanding ubat antihipertensi yang lain. Kami menjumpai 18 kajian dengan 141,807 peserta untuk menjawab persoalan tersebut. Tidak ada perbezaan diantara CCB dan ubat antihipertensi lain pada kadar kematian yang disebabkan oleh semua faktor yang dikaji. Kumpulan ubat diuretik lebih baik dalam menurunkan jumlah keseluruhankomplikasi kardiovaskular berbanding CCB, CCB pula didapati lebih baik dalam menurunkan jumlah komplikasi kardiovaskular berbanding kumpulan ubat 'β-blockers'. Maklumat ini akan membantu profesional kesihatan dan pesakit dalam memilih ubat yang terbaik sebagai rawatan awal bagi hipertensi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Nor Akma Binti Mat Junoh (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Rosnani Zakaria (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi norakmayunus@usm.my

Tools
Information
Share/Save