Rehat di katil untuk kehamilan tunggal bagi mencegah kelahiran pramatang

Tiada bukti untuk menyokong atau membantah rehat di katil untuk mencegah kelahiran pramatang.

Walaupun rehat di katil dalam hospital atau di rumah digunakan secara meluas sebagai langkah pertama rawatan, ulasan terbaru ini tiada bukti untuk menyokong atau membantah rehat di atas katil dalam mencegah kelahiran praterma. Amalan terkini berdasarkan pada kajian pemerhatian mendapati hubungkait antara aktiviti fizikal atau kerja keras dan kelahiran pramatang. Disebabkan kesan buruk yang mungkin berlaku terhadap wanita dan keluarga mereka, dan peningkatan kos untuk sistem penjagaan kesihatan, kebaikan dan keburukan rehat di katil bagi mencegah kelahiran pramatang harus dibincangkan secara menyeluruh.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information