Rehat di atas katil untuk mencegah keguguran

Tiada cukup bukti untuk menyatakan rehat di atas katil membantu mencegah keguguran.

Keguguran ialah kehilangan bayi sebelum kandungan mencapai 23 minggu kehamilan dan ini boleh menyebabakan distres untuk ibu bapa. Rawatan paling lazim digunakanuntuk mencegahnya ialah berehat di atas katil. Ulasan dua kajian melibatkan 84 wanita, mendapati tiada cukup bukti daripada kajian-kajian berkualiti tinggi yang dapat menyatakan samada berehat di atas katil dapat membantu mencegah keguguran ataupun tidak. Penjagaan wanita yang berisiko tinggi untuk keguguran perlu ditawarkan mengikut keperluan individu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information