Bagaimanakah pengubahan tekanan mesin CPAP meningkatkan penggunaannya bagi orang dewasa yang mengalami OSA?

Apakah tujuan ulasan ini?

Ulasan ini melihat kaedah yang berbeza untuk membantu orang yang mengalami OSA mengguna mesin CPAP. OSA merujuk kepada penutupan dan pembukaan kerongkong yang berlaku untuk sementara tetapi kerap ketika tidur. Orang dewasa yang mengalami OSA tidak dapat tidur secukupnya seperti yang mereka perlukan. Mereka boleh berasa letih sepanjang hari dan ini menjejaskan kualiti hidup mereka. Mereka mengalami risiko tertidur semasa menjalankan aktiviti harian. Dalam jangka masa panjang, mereka mengalami risiko sakit jantung atau strok.

Mesej utama

Orang dewasa yang menggunakan peranti CPAP yang secara automatik mengubahsuai tekanan rawatan mungkin meningkatkan penggunaan mesin mereka 13 minit setiap malam. Namun demikian, adalah tidak mungkin bahawa mereka akan berasa kurang letih berbanding dengan orang yang menggunakan mesin CPAP tekanan tetap. CPAP tekanan tetap adalah sedikit lebih baik untuk mengurangkan bilangan episod di mana saluran udara tertutup pada waktu malam. Kami memerlukan lebih maklumat untuk menilaikan sama ada terdapat perbezaan yang penting antara mesin-mesin ini untuk menentukan pengunaan mereka bagi kualiti hidup dan keupayaan toleransi.

Apakah yang dikaji dalam ulasan ini?

Mesin CPAP dipakai di atas hidung dan mulut semasa orang tidur pada waktu malam. Mereka meniup udara pada tekanan tetap melalui hidung dan mulut untuk menjaga saluran udara terbuka. Ini menentukan tidur yang menyegarkan mudah dicapai. Tetapi ada sesetengah orang yang mendapati mesin ini sukar digunakan secara kerap. Mereka mendapati tahap tekanan terlalu tinggi atau mereka mengalami mulut kering apabila bangun. Jikalau tekanan rendah diperlukan untuk memastikan saluran udara adalah sentiasa buka, maka, adalah mudah untuk kerap menggunakan mesin CPAP.

Kami mencari kajian yang membanding kaedah yang berbeza untuk menghantar tekanan. Kami memberi tumpuan kepada kajian yang membandingkan mesin CPAP yang secara automatik mengubah tekanan rawatan semasa tidur (contohnya auto-CPAP) dengan mesin yang memberi tekanan pada tahap yang sama sepanjang malam (CPAP tekanan tetap).

Apakah keputusan utama ulasan?

Kami menjumpai 64 kajian yang melibatkan 3922 pesakit. Tiga puluh enam kajian yang melibatkan 2135 pesakit adalah relevan untuk perbandingan auto-CPAP dan CPAP tekanan tetap. Kajian ini adalah dari Eropah, Amerika Syarikat, Hong Kong dan Australia. Tujuh puluh lima peratus daripada orang yang terlibat dalam kajian ini adalah lelaki yang baru didiagnosis dengan tidur apnea dan tidak mempunyai pengalaman menggunakan CPAP.

Berbanding dengan CPAP tekanan tetap, orang yang memulakan rawatan dengan auto-CPAP mungkin akan menggunakan mesin mereka 13 minit lebih semalam untuk enam minggu (bukti sederhana-kepastian). Walaubagaimanapun, apabila kita melihat bilangan orang yang menggunakan mesin untuk lebih daripada empat jam setiap malam, kami tidak mempunyai maklumat yang mencukupi untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan antara mesin ini (bukti kepastian rendah).

Auto-CPAP mungkin mengurangkan gejala waktu siang dengan jumlah yang kecil berbanding dengan CPAP tekanan tetap (bukti sederhana-kepastian). Bilangan peserta yang sama telah menarik diri dari kajian ini: 11% untuk CPAP tekanan tetap dan 10% dengan CPAP automatik (bukti sederhana-kepastian). Kedua-dua mesin mengurangkan kekerapan saluran udara atas tertutup semasa tidur, walaupun CPAP tekanan tetap adalah sedikit lebih baik (bukti yang tinggi-kepastian). Tiga kajian telah menggunakan skala yang kami pilih sebagai yang paling relevan untuk mengukur kualiti hidup semasa tidur apnea (hasil fungsi soal selidik tidur). Untuk orang yang menggunakan mesin, perbezaan purata antara peranti kala ini adalah kecil. Tetapi, tiada bukti yang cukup untuk memberi keyakinan kepada keputusan ini (bukti yang rendah kepastian). Auto-CPAP mungkin kurang berjaya untuk mengawal tekanan darah berbanding dengan CPAP tekanan tetap. Tetapi, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini. Kami tidak pasti tentang perasaan orang menggunakan peranti kerana maklumat tentang kemampuan terima (hidung disekat, mulut kering, topeng bocor atau perasaan bahawa tahap tekanan adalah terlalu tinggi) diukur secara berbeza merentasi kajian ini (sangat rendah-kepastian).

Ringkasan bahasa yang mudah ini adalah terkini sehingga Oktober 2018

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Gurmeet Albail Singh. Disunting oleh Shaun Lee (Monash Universiti Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan, sila hubungi gwaldie@outlook.com

Tools
Information
Share/Save