Antiretroviral untuk mengurangkan risiko jangkitan HIV daripada ibu kepada anak

Pada akhir tahun 2009, 2.5 juta kanak-kanak di bawah umur 15 tahun telah dianggar hidup dengan mempunyai HIV/AIDS (WHO 2011). Majoriti kanak-kanak ini memperolehi jangkitan tersebut akibat daripada transmisi ibu-kepada-anak semasa kehamilan, bersalin, atau menyusu. Ubat antiretroviral diberikan kepada ibu yang menjangkiti HIV dan/atau kepada anaknya semasa mengandung, bersalin, atau menyusu dapat mengurangkan transmisi HIV daripada ibu-kepada-anak. Objektif ulasan ini adalah untuk mengetahui sama ada rejimen ubat antiretroviral akan mengakibatkan pengurangan signifikan dalam transmisi HIV semasa mengandung dan bersalin tanpa kesan sampingan yang serius.

25 percubaan yang didapati layak untuk kajian ini melibatkan 18,901 peserta. Percubaan yang terlibat telah membandingkan penggunaan antiretrovirus dengan plasebo, rejimen yang lebih panjang berbanding yang lebih pendek dengan menggunakan antiretroviral yang sama, dan rejimen antiretroviral yang menggunakan ubat serta kombinasi ubat yang berbeza. Ulasan mengenai percubaan-percubaan ini mendapati bahawa pemberian jangka pendek ubat antiretroviral tertentu adalah berkesan dalam mengurangkan transmisi HIV daripada ibu-kepada-anak, tetapi ia tidak dikaitkan dengan sebarang masalah keselamatan dalam jangka masa pendek.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disuntingkan oleh Chan MW. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi peiyee95@hotmail.com

Tools
Information
Share/Save