Etidronat untuk mencegah keretakan yang disebabkan oleh osteoporosis dalam wanita postmenopaus

Ringkasan ulasan Cochrane ini menunjukkan apa yang kami ketahui daripada penyelidikan mengenai kesan etidronat untuk mencegah keretakan (tulang-tulang pecah) yang disebabkan oleh osteoporosis.

Dalam wanita yang telah didiagnos dengan ketumpatan tulang yang rendah, meletakkan mereka sebagai berisiko untuk keretakan atau telah mengalami keretakan tulang-tulang di tulang belakang, etidronat:

-mungkin mencegah keretakan tulang-tulang di tulang belakang.

-mungkin menyebabkan tiada perbezaan dalam keretakan di punggung / tulang pinggul atau pergelangan tangan atau keretakan tulang-tulang selain tulang belakang.

Dalam wanita yang mempunyai ketumpatan tulang yang lebih menyerupai normal atau mereka yang mungkin tidak pernah mempunyai keretakan tulang-tulang di tulang belakang lagi, etidronat:

-mungkin menyebabkan tiada perbezaan dalam keretakan tulang-tulang di tulang belakang, atau dalam tulang selain dari tulang belakang.

-tidak diketahui samada etidronat dapat mencegah keretakan punggung / tulang pinggul atau pergelangan tangan kerana ketiadaan bukti dijumpai yang melihat kepada kesan etidronat dalam wanita-wanita ini.

Kami seringkali tidak mempunyai maklumat yang tepat mengenai kesan-kesan sampingan dan komplikasi-komplikasi. Ini terutamanya benar untuk kesan-kesan sampingan yang jarang tetapi serius. Kesan-kesan sampingan yang mungkin terjadi termasuk masalah pedih uluhati / 'heartburn', loya dan sakit perut.

Apakah osteoporosis dan apa itu etidronat?
Tulang merupakan bahagian badan yang hidup dan membesar. Sepanjang hayat, sel-sel tulang baru tumbuh / membesar dan sel-sel tulang lama terhapus untuk menyediakan ruang bagi tulang baru, yang lebih kuat. Bila anda mempunyai osteoporosis, tulang-tulang lama pecah hapus lebih cepat dari tulang baru yang boleh menggantinya. Bila ini berlaku, tulang-tulang kehilangan mineral-mineral (seperti kalsium). Ini menjadikan tulang-tulang lebih lemah dan lebih mudah untuk pecah / patah walaupun selepas kemalangan kecil, seperti hentakan kecil atau jatuh.

Wanita yang telah mengalami menopaus mempunyai kebarangkalian yang lebih untuk mendapat osteoporosis berbanding orang lain. Etidronat berada dalam kelas ubatan yang dikenali sebagai bisfosfonat. Ia sejenis ubat yang melambatkan sel-sel yang memecah hapus tulang lama.

Anggaran terbaik mengenai apa yang terjadi kepada wanita yang telah didiagnos dengan ketumpatan tulang yang rendah atau yang telah mempunyai keretakan dalam tulang-tulang di tulang belakang:

Keretakan tulang belakang:

                 - 11 dari 100 wanita mengalami keretakan dengan pengambilan plasebo

                 - 6 dari 100 wanita mengalami keretakan dengan pengambilan etidronat

Keretakan tulang-tulang selain tulang belakang:

                 - 13 dari 100 wanita mengalami keretakan tulang dengan pengambilan plasebo

                - 14 dari 100 wanita mengalami keretakan tulang dengan pengambilan etidronat

Keretakan di dalam punggung / tulang pinggul atau pergelangan tangan:

                 - tidak ada perbezaan di dalam bilangan wanita yang mempunyai keretakan punggung / tulang pinggul ataupun pergelangan tangan yang mungkin terhasil dengan cara yang tidak disengajakan

Anggaran terbaik mengenai apa yang terjadi kepada wanita yang ketumpatan tulang mereka lebih hampir kepada normal atau mereka yang belum mengalami keretakan tulang-tulang dalam tulang belakang:

Keretakan tulang belakang

                 - 0 dari 100 wanita mengalami keretakan dengan pengambilan plasebo

                 - 1 dari 100 wanita mengalami keretakan dengan pengambilan etidronat

Keretakan tulang-tulang selain tulang belakang

                 - 11 dari 100 wanita mengalami keretakan dengan pengambilan plasebo

                 - 6 dari 100 wanita mengalami keretakan dengan pengambilan etidronat

Bagi wanita-wanita ini, keretakan-keretakan di punggung / tulang pinggul atau pergelangan tangan tidak diukur dalam kajian ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Maalaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information
Share/Save