Menambah ketamine opioid untuk ketahanan opioid dalam sakit kanser

Secara dasarnya

Manfaat dan kemudaratan daripada penambahan dos ketamine yang rendah kepada ubat tahan sakit yang kuat seperti morfin untuk kelegaan daripada kesakitan kanser yang belum lagi mantap. Ketamine dos yang tinggi kelihatan tidak berkesan dan boleh dikaitkan dengan kesan sampingan yang serius.

Latar belakang

Ini adalah kemaskini ulasan yang pertama diterbitkan pada tahun 2003 dan telah dikemaskini pada tahun 2012.

Ubat seperti morfin (opioids) sering ditetapkan untuk kesakitan kanser yang sederhana dan teruk, tetapi dalam sesetengah kes ubat-ubatan adalah tidak berkesan. Ketamine, satu ejen anaesthetic, digunakan dalam dos yang rendah dalam penjagaan paliatif untuk memperbaiki analgesia apabila opioids sahaja adalah tidak berkesan.

Ciri-ciri kajian

Pasa Disember 2016 dan Januari 2017, penyelidik telah mencari kajian klinikal pada penambahan ketamine ke ubat seperti morfin untuk sakit kanser.

Penyelidik mendapati satu kajian terbaru, bersama-sama dengan dua kajian yang dimasukkan dalam ulasan asal. Tiga kajian adalah sangat berbeza, menggunakan dos ketamine yang berbeza, laluan pentadbiran berbeza dan jangka masa rawatan yang berbeza dan ia adalah tidak mungkin untuk menggabungkan hasil kajian ini.

Keputusan utama

Dua kajian terkecil melaporkan bahawa penambahan ketamine kepada morfin mengurangkan intensiti kesakitan dan keperluan morfin. Kajian ketiga yang digunakan dos ketamine tinggi dilaporkan tiada faedah klinikal bagi menambah ketamine ke opioids yang berbeza. Meningkatkan dos ketamine dalam sesetengah peserta menyebabkan kesan sampingan seperti hallucinations. Kajian telah memeriksa dos ketamin yang tinggi melaporkan dua kesan buruk serius, yang mungkin berkaitan dengan ketamine. Walaupun dua daripada tiga kajian melaporkan pengurangan rasa sakit, ini mungkin disebabkan oleh peluang dalam kajian kecil itu.

Kualiti bukti

Penyelidik telah menilai kualiti bukti menggunakan empat tahap: sangat rendah, sederhana atau tinggi. Kualiti bukti yang sangat rendah bermaksud bahawa penyelidikl tidak pasti mengenai keputusan dalam kajian tersebut. Bukti yang berkualiti tinggi bermaksud bahawa penyelidik sangat yakin terhadap keputusan kajian tersebut. Bukti daripada kajian ini adalah kualiti yang sangat rendah. Terdapat masalah dengan reka bentuk dalam beberapa kajian dan tiada data yang cukup untuk menjawab sebahagian soalan kajian penyelidik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Mohd Shaharudin Shah Che Hamzah (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong Chun Hoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information