Penerusan mesyuarat dan bengkel pendidikan untuk profesional kesihatan

Mesyuarat pendidikan biasanya digunakan untuk meneruskan pendidikan perubatan dengan tujuan untuk meningkatkan amalan profesional dan, dengan itu, hasil kepada pesakit. Mesyuarat pendidikan merangkumi kursus, persidangan, ceramah, bengkel, seminar, dan simposium.

81 kajian yang menilai kesan mesyuarat pendidikan telah dimasukkan dalam ulasan ini. Berdasarkan kajian-kajian tersebut, kami dapat membuat kesimpulan bahawa mesyuarat pendidikan bersendirian atau bersama dengan intervensi yang lain boleh meningkatkan amalan profesional dan pencapaian matlamat rawatan oleh pesakit. Kesan ke atas amalan profesional adalah kecil tetapi mempunyai perbezaan antara kajian-kajian, dan secara umumnya kesan ke atas hasil kepada pesakit adalah kurang . Ia adalah mustahil untuk menjelaskan perbezaan yang diperhatikan dengan yakin, tetapi ia telah menunjukkan bahawa kehadiran yang lebih tinggi dalam mesyuarat-mesyuarat telah berkaitkan dengan kesan yang lebih besar, bahawa gabungan pendidikan interaktif dan didaktik adalah lebih berkesan daripada bersendirian, dan kesan juga kurang dengan tingkah laku yang kompleks dan hasil yang kurang serius.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Pei Yee (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi peiyee95@hotmail.com.

Tools
Information
Share/Save