Intervensi-intervensi psikologi untuk orang dewasa dengan asma

Sesetengah orang berpendapat bahawa intervensi psikologi dapat membantu orang dengan asma. Kami mencari kesusasteraan secara sistematik tentang intervensi psikologi untuk mencari kajian-kajian sah yang melihat kesan intervensi psikologi untuk orang dewasa dengan asma. Kajian-kajian ini melibatkan pelbagai terapi serta kesan fizikal dan psikologi yang berbeza yang diukur. Oleh itu, keputusan mereka tidak dapat digabungkan dengan mudah. Walau bagaimanapun, meta-analisis boleh dilakukan untuk menentukan 'Cognitive Behavioral Therapy' (CBT) terhadap kualiti hidup, bio-maklum balas mengenai PEF, dan terapi relaksasi pada PEF dan FEV1 serta penggunaan ubat-ubatan. Kajian-kajian yang sedia ada didapati melibatkanbilangan peserta yang kecil dan kaedah kajian masih boleh diperbaiki. Lebih banyak penyelidikan dengan bilangan peserta yang lebih besar dan kaedah yang lebih baik perlu dilakukan sebelum dapat diketahui sama ada intervensi psikologi adalah berkesan dalam meningkatkan kesan-kesan kesihatan bagi orang dewasa dengan asma.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save