Susu formula berbanding susu ibu untuk menyusukan bayi pramatang atau berat badan rendah

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Susu formula mungkin mengandungi lebih banyak nutrien berbanding susu ibu tetapi ia tidak mempunyai antibodi dan bahan lain-lain yang hadir dalam susu ibu yang dapat melindungi dan meningkatkan perkembangan usus yang belum matang untuk bayi pramatang atau mempunyai berat badan yang rendah. Tiada ujian yang membandingkan pemakanan dengan susu formula berbanding susu ibu mereka sendiri dikenal pasti. Walau bagaimanapun, memandangkan ulasan Cochrane lain mendapati bahawa pemakanan susu formula berbanding dengan susu penderma meningkatkan risiko masalah usus yang serius dalam bayi pramatang atau berat badan rendah, maka ia adalah tidak mungkin bahawa ujian ini akan diterima oleh ibu dan penjaga.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Share/Save