Intervensi untuk merawat sindrom mulut terbakar

Soalan ulasan

Rawatan yang manakah membantu melegakan gejala untuk orang-orang yang ada sindrom mulut terbakar (SMT)?

Latar belakang

SMT adalah satu keadaan lazim yang sakit.Antara gejala-gejalanya termasuklah rasa terbakar, kering dan rasa tidak selesa dalam mulut dan perubahan kepada rasa, tanpa sebab tersirat perubatan atau pergigian yang jelas.SMT sering berterusan untuk jangka panjang, dan boleh membawa kepada pengurangan kualiti hidup (QoL).Pada masa kini, kajian saintifik mencadangkan SMT adalah disebabkan oleh kecederaan kepada saraf.Terdapat banyak rawatan sedia ada termasuklah ubat untuk kerisauan, keadaan psikologi lain dan peningkatan penghasilan air liur, halangan perlindungan dan rawatan-rawatan yang diaplikasi pada permukaan mulut.

Ciri kajian

Ulasan kajian dibuat melalui Kumpulan Kesihatan Oral Cochrane, dan bukti adalah terkini sehingga 31 Disember 2015.

Kami mendapati terdapat 23 kajian (menilai 1121 orang, 83% adalah wanita), yang diterbitkan antara 1995 dan 2015 untuk dimasukkan ke dalam ulasan ini.Dua puluh satu kajian menilai pengurangan gejala yang untuk jangka pendek, dan empat kajian menilai pengurangan gejala melegakandalam jangka panjang (dari tiga hingga enam bulan).Tujuh belas kajian memberi maklumat tentang kejadian kesan sampingan, tujuh kajian menilai ukuran QoL, dan dua kajian menilai perubahan rasa dan rasa kering.

Kesemua 23 rawatan yang dimasukkan dalam ulasan ini membandingkan plasebo (rawatan palsu): antidepresan dan antipsikotik (dua kajian), ubat antisawan (satu kajian), pelbagai penenang (empat kajian), perangsang air lur (satu kajian), suplemen diet (12 kajian), gelombang tenaga terarah (satu kajian), halangan fizikal (satu kajian), terapi psikologi (satu kajian), dan rawatan yang diaplikasi pada permukaan mulut (lima kajian).

Keputusan utama

Pengurangan gejala jangka pendek

Kami mendapati bukti untuk kelegaan jangka pendek bagi gelombang tenaga terarah (satu kajian, 58 peserta), sejenis penenang yang diguna secara topikal (disimpan di dalam mulut sebelum dikeluarkan, dan juga bertindak sebagai ubat antisawan) yang dipanggil clonazepam (dua kajian, 111 peserta), plastik nipis penutup lidah (satu kajian, 50 peserta), dan sejenis ubat antisawan dipanggil gabapentin (satu kajian, 100 peserta)

Tiada perbezaan yang didapati untuk pengurangan jangka pendek bagi antidepresan, perangsang air liur, dan sejenis penenang yang digunakan secara sistemik (yang ditelan) yang dipanggil clonazepam. Kami tidak dapat menunjukkan sama ada suplemen diet atau rawatan yang diaplikasi pada permukaan mulut mengurangkan gejala jangka pendek atau tidak.

Pengurangan jangka pendek tidak dilaporkan dari kajian tunggal yang menilai terapi psikologi.

Pengurangan gejala jangka panjang

Kami mendapati bukti pengurangan gejala jangka panjang bagi terapi psikologi (satu kajian, 30 peserta), ubat kumur mulut cili lada hitam (satu kajian, 18 peserta) dan penenang topikal yang dipanggil clonazepam (satu kajian, 66 peserta.

Kami mendapati tiada perbezaan pengurangan gejala bagi suplemen diet atau rawatan-rawatan yang diaplikasi pada permukaan mulut.

Kajian-kajian yang menilai antidepresan, gelombang tenaga terarah, perangsang air liur, ubat antisawan, atau halangan fizikal tidak menilai pengurangan gelaja jangka panjang.

Perubahan QoL

Terdapat bukti jangka pendek peningkatan QoL bagi gelombang tenaga terarah (satu kajian, 58 peserta), walaupun tiada perbezaan ditemui bagi antidepresan, penenang, suplemen diet dan halangan fizikal.Tiada kajian yang menilai perubahan jangka panjang QoL.

Perubahan rasa atau rasa kering

Beberapa kajian menilai kelegaan jangka pendek bagi rasa dan kekeringan (tiada penilaian hasil jangka panjang), namun tiada cukup bukti untuk menentukan kesan rawatannya.

Kesan sampingan

Lebih kesan sampingan dialami dengan antidepresan (lebih cenderung pening dan mengantuk: satu kajian, 37 orang), dan suplemen diet yang dipanggil asid lipoik alfa (juga dikenali ALA) sama ada ditambah atau tanpa bahan lain (lebih cenderung sakit kepala: dua kajian, 118 orang; lebih cenderung gangguan perut: tiga kajian, 138 orang).

Kualiti bukti
Secara keseluruhannya, kami mendapati bukti adalah berkualiti rendah bagi setiap hasil jangka pendek dan panjang yang disiasat (kelegaan gejala; perubahan Qol, rasa dan kekeringan; dan kesan sampingan) bagi semua rawatan yang dinilai: antidepresan dan antipsikotik, ubat antisawan, pelbagai penenang, perangsang air liur, suplemen diet, gelombang tenaga terarah, halangan fizikal (kecuali kesan sampingan yang dinilai sebagai berkuailti rendah), terapi psikologi dan rawatan yang diaplikasi pada permukaan mulut. Oleh kerana kami mendapati kajian berisiko bias rendah yang sangat sedikit, kami tidak dapat membuktikan atau menyangkal keberkesanan sebarang rawatan untuk menguruskan SMT.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi noorliza.mastura@manipal.edu.my.

Tools
Information
Share/Save