Vaksin untuk mencegah selesema biasa

Soalan ulasan

Kita telah melihat sama ada vaksin boleh membantu mencegah selesema biasa.

Latar belakang

Selesema biasa adalah disebabkan oleh jangkitan virus pada saluran pernafasan atas, dan biasanya menjadi lebih baik apabila virus tersebut mati. Orang yang mempunyai selesema merasa kurang sihat, mempunyai hidung berair, hidung tersumbat, bersin, dan batuk dengan atau tanpa sakit tekak, dan suhu yang sedikit tinggi. Rawatan-rawatan adalah bertujuan untuk melegakan gejala.

Di peringkat global, selsema menyebabkan penyakit yang meluas. Ia adalah sukar untuk menghasilkan vaksin untuk mencegah selesema biasa kerana banyak virus yang terlibat. Kesan vaksin untuk mencegah selesema biasa pada orang yang sihat masih tidak diketahui.

Tarikh carian

Untuk kemaskini ini, kami telah membuat carian kajian sehingga 2 September 2016.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati tiada kajian baru dalam kemas kini ini. Ulasan ini termasuk satu kajian rawak terkawal yang dikenal pasti sebelum ini pada tahun 1965. Kajian ini melibatkan 2307 orang yang sihat di kemudahan latihan untuk Tentera Laut Amerika Syarikat dan dinilai kesan satu vaksin adenovirus yang hidup (dilemahkan) berbanding dengan satu vaksin yang palsu (plasebo).

Sumber pembiayaan kajian

Kajian ini dibiayai oleh institusi kerajaan.

Keputusan-keputusan utama

Tiada perbezaan dalam kekerapan selesema biasa yang berlaku di antara mereka yang menerima vaksin berbanding dengan mereka yang menerima vaksin palsu. Tiada kesan buruk yang dilaporkan berkaitan dengan vaksin. Namun demikian, disebabkan oleh bilangan orang yang termasuk dalam kajian ini dan nombor selesema yang rendah, serta kelemahan dalam reka bentuk kajian, keyakinan kami terhadap keputusan ini adalah rendah. Penyelidikan yang selanjutnya mungkin boleh menjelaskan jika vaksin dapat mencegah selesema biasa, disebabkan oleh bukti terkini tidak menyokong penggunaan vaksin adenovirus untuk mencegah selesema biasa dalam orang yang sihat.

Kualiti bukti

Kami telah menilai kualiti bukti sebagai rendah kerana berisiko tinggi berat sebelah dan nombor orang yang termasuk dalam kajian dan nombor selesema yang rendah, yang mengakibatkan ketidaktepatan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save