Ubat steroid yang disedut berbanding dengan yang dimakan untuk orang dewasa dengan asma kronik

Kortikosteroid yang disedut merupakan pilihan yang pertama untuk rawatan pencegahan asma, tetapi ia tetap mahal untuk ekonomi kesihatan di negara-negara yang sedang membangun. Prednisolone yang dimakan adalah jauh lebih murah. Dalam ulasan ini, kami mendapati bahawa, dalam pengurusan orang dewasa dengan asma kronik, dos harian prednisolone 7.5 mg/hari adalah bersamaan dengan dos yang sederhana hingga tinggi dengan steroid yang disedut (300-2000 mcg /hari). Kesan-kesan sampingan boleh berlaku walaupun dengan dos prednisolone yang rendah, oleh itu, jika tidak ada alternatif kepada ubat steroid yang dimakan, dos berkesan yang paling rendah perlu ditetapkan. Penemuan ini boleh digunakan di negara-negara yang sedang membangun di mana steroid disedut tidak boleh didapati dengan meluas.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting olehTuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save