Bisphosphonates untuk kelegaan daripada kesakitan yang sekunder kepada metastasis tulang

Bisphosphonates memberi sedikit kelegaan daripada kesakitan yang disebabkan oleh kanser yang telah menyerang tulang. Pesakit yang menghidap kanser yang telah merebak ke tulang sering mengalami kesakitan. Mengawal kesakitan adalah satu bahagian penting dalam pengurusan kanser. Bisphosphonate adalah ubat-ubatan yang menjejaskan cara tulang terbina, dan terbukti berguna dalam merawat pesakit dengan kanser yang telah menyerang tulang (metastasis). Ulasan ini melihat kesan bisphosphonate pada kesakitan yang disebabkan oleh metastasis tulang. Bisphosphonates akan menyebabkan beberapa kesan tetapi tidak sebaik sama ada analgesik yang kuat (seperti morfin) atau radioterapi. Walau bagaimanapun, di mana kaedah lain untuk melegakan kesakitan tidak mencukupi, penambahan bisphosphonate boleh jadi bermanfaat. Bisphosphonate boleh menyebabkan loya dan muntah-muntah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information