Antikoagulasi untuk trombosis sinus vena serebral

Ubat-ubatan pencairan darah (bahan antikoagulasi) mungkin memberi manfaat untuk pesakit yang mempunyai vena-vena di sekeliling otak yang tersumbat (trombosis sinus). Trombosis sinus merupakan satu keadaan yang jarang ditemui di mana gumpalan darah terbentuk dalam vena yang mengalirkan darah keluar daripada otak. Walau bagaimanapun, ubat-ubatan antikoagulasi, yang kerap digunakan untuk merawat trombosis sinus, membawa risiko pendarahan. Kami hanya menemui dua kajian kecil yang melibatkan 79 pesakit; keputusan ulasan mencadangkan ubat-ubatan antikoagulasi berkemungkinan selamat dan mungkin memberi manfaat kepada pesakit trombosis sinus tetapi keputusan ini tidak muktamad.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information