Pembaikan faraj anterior untuk inkontinens urinari dalam kalangan wanita

Inkontinens urinari adalah ketidakupayaan untuk mengelakkan kebocoran air kencing. Inkontinens urinari stres adalah kehilangan air kencing apabila seseorang batuk atau bersenam. Sejumlah besar pendapatan wanita atau keluarganya boleh dibelanjakan untuk pengurusan inkontinens urinari stres. Kerosakan otot yang menahan pundi kencing, dan kecederaan pada saraf semasa bersalin, boleh menjadi sebabnya. Apabila kaedah tanpa bedah, seperti senaman otot-otot di lantai pelvik (pangkal abdomen), tidak berkesan, pembedahan ada kalanya digunakan untuk mengangkat dan menyokong pundi kencing. Pembaikan faraj anterior bertujuan untuk mencapai matlamat ini, semasa operasi melalui dinding faraj. Ulasan 10 kajian dalam kalangan 1012 wanita mendapati beberapa bukti bahawa pembedahan melalui bahagian abdomen mungkin lebih baik daripada pembaikan faraj. Namun, tiada maklumat yang cukup tentang kesan sampingan, atau perbandingan dengan kaedah fizikal atau pembedahan lain untuk merawat masalah kebocoran air kencing.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information