Kortikosteroid untuk asma teruk akut dalam kalangan pesakit di hospital

Semasa serangan asma, saluran pernafasan (saluran ke paru-paru) mengecut disebabkan oleh kekejangan otot dan kebengkakan (keradangan), yang boleh menyebabkan masalah pernafasan, nafas berdehit dan batuk. Serangan boleh membawa maut. Ubat-ubatan (dengan inhaler, diambil melalui mulut atau melalui vena) boleh digunakan untuk melegakan otot-otot. Steroid (Kortikosteroid) adalah ubat anti-radang yang boleh mengurangkan bengkak. Ulasan ini mendapati dos kortikosteroid lebih rendah berfungsi sama seperti dos yang lebih tinggi, apabila seseorang dimasukkan ke hospital dengan serangan asma.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save