Rawatan kortikosteroid untuk kanak-kanak dengan sindrom nefrotik

Sindrom nefrotik ialah satu keadaan di mana buah pinggang membocorkan protein dari darah ke dalam air kencing. Jika ia tidak dirawat, kanak-kanak sering boleh mati akibat jangkitan. Untuk kebanyakan kanak-kanak dengan sindrom nefrotik, ubat kortikosteroid (prednisone, prednisolone) berkesan untuk mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Namun demikian, mereka biasanya akan mempunyai episod berulang, yang selalunya dicetuskan oleh jangkitan virus. Ubat kortikosteroid boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius.

Kami telah melihat bukti dari 34 kajian yang mendaftar 3033 orang kanak-kanak. Empat belas daripada 21 kajian, kanak-kanak dengan sindrom nefrotik episod pertama , telah dinilai dengan prednisone untuk dua atau tiga bulan berbanding dengan tempoh yang lebih lama. Tiga belas kajian menilai regimen kortikosteroid yang berlainan pada kalangan kanak-kanak dengan penyakit yang sering berulang(FRNS). Kajian-kajian adalah berlainan dari segi kualiti metodologinya dengan kira-kira separuh daripada kajian sahaja yang rendah risiko berat sebelah.

Antara kajian yang membandingkan tempoh prednisone panjang dengan yang pendek, kajian-kajian yang lebih tua mempunyai risiko berat sebelah yang tinggi atau tidak jelas lebih cenderung untuk teranggar lebih kesan rawatan tempoh panjang berbanding dengan kajian-kajian baru yang mempunyai risiko berat sebelah yang rendah. Kajian-kajian yang berisiko berat sebelah yang rendah mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan untuk risiko penyakit berulang atau perkembangan FRNS antara rawatan prednisone untuk tiga hingga enam bulan berbanding dengan dua hingga tiga bulan. Oleh itu, tiada manfaat dalam memanjangkan tempoh prednisone melebihi dua atau tiga bulan dalam episod permulaan SSNS.

Berdasarkan empat kajian untuk kanak-kanak dengan sindrom nefrotik yang sering berulang, prednisone yang diberikan untuk lima hingga tujuh hari pada permulaan jangkitan virus mengurangkan risiko untuk penyakit berulang.

Ulasan ini mengemaskini maklumat sebelum ini yang diterbitkan pada 2000, 2003, 2005 dan 2007. Dengan tambahan tiga kajian baru yang menilai tempoh prednisone yang berlainan untuk episod pertama sindrom nefrotik telah mengubah kesimpulan yang dinyatakan dalam versi ulasan terdahulu.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor's University, Malaysia), Disunting oleh Teh Keng Hwang (Kolej Universiti Insaniah). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information
Share/Save