Akupunktur dan 'dry-needling' untuk sakit pinggang

Tiga puluh lima kajian terkawal rawak (RCT) melibatkan 2861 pesakit telah disertakan dalam ulasan sistematik ini. Tidak terdapat bukti yang cukup untuk mengesyorkan akupunktur atau 'dry-needling' untuk sakit pinggang akut. Untuk sakit pinggang kronik, keputusan menunjukkan bahawa akupunktur adalah lebih berkesan untuk menghilangkan sakit berbanding tiada rawatan sama sekali atau rawatan palsu dalam pemerhatian sehingga tiga bulan. Keputusan kajian-kajian tersebut juga menunjukkan bahawa dalam jangka pendek, akupunktur adalah lebih berkesan untuk menambah baik fungsi untuk sakit pinggang kronik berbanding dengan pesakit yang tidak menerima apa-apa rawatan. Akupunktur tidaklah lebih berkesan daripada rawatan-rawatan konvensional dan alternatif lain. Apabila akupunktur ditambah kepada terapi konvensional lain, ia dapat menghilangkan sakit dan meningkatkan fungsi dengan lebih baik daripada terapi konvensional semata-mata. Namun, kesannya adalah kecil sahaja. 'Dry-needling' mungkin berguna sebagai tambahan kepada terapi lain untuk sakit belakang pinggang kronik.

Nota terjemahan: 

Diterjemah oleh Nursyahirah binti Johari (Melaka-Manipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi nursyahirahjohari@gmail.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail (Kolej Perubatan Melaka-Manipal).

Tools
Information