Bolehkah program-program yang diadakan di sekolah mencegah belia daripada mula merokok ?

Peningkatan bilangan belia yang merokok di negara-negara yang sedang membangun dan miskin. Pelbagai program untuk mencegah mereka daripada mula merokok telah dijalankan di sekolah-sekolah sejak 40 tahun yang lalu. Kami ingin mengetahui sama ada program-program tersebut berkesan.

Kami telah mengenalpasti 49 kajian-kajian intervensi yang dilakukan secara rawak terkawal (yang merangkumi 140,000 kanak-kanak sekolah) bertujuan untuk mencegah kanak-kanak yang belum pernah merokok daripada menjadi perokok. Dalam jangkamasa yang melebihi setahun, kesan yang signifikan telah didapati daripada intervensi dalam mencegah anak-anak muda daripada mula merokok. Program-program yang menggunakan pendekatan kompetensi sosial dan pendekatan yang menggunakan gabungan kompetensi sosial bersama pengaruh sosial didapati lebih berkesan daripada program-program lain. Walau bagaimanapun, bagi jangkamasa setahun atau kurang, tiada kesan secara keseluruhan, kecuali bagi program-program yang mengajar anak-anak muda untuk menjadi kompeten dalam aspek sosial dan menahan daripada pengaruh-pengaruh sosial.

Kumpulan kajian-kajian yang lebih kecil melaporkan status merokok kesemua pelajar di dalam kelas, sama ada yang belum pernah maupun yang telah pernah merokok pada peringkat kajian dimulakan. Di dalam kajian-kajian ini yang telah disusuli sehingga setahun ataupun kurang, secara keseluruhannya terdapat kesan yang kecil tetapi signifikan yang memihak kepada kumpulan kawalan. Ini berterusan untuk tempoh melebihi setahun; bagi kajian-kajian yang disusuli melebihi setahun, mereka yang di dalam kumpulan intervensi merokok lebih daripada mereka yang di dalam kumpulan kawalan.

Bila kajian-kajian yang berisiko rendah terhadap bias dari perawakan ataupun dari kehilangan peserta, keputusan yang diperolahi adalah sama. Program-program yang dipimpin oleh orang dewasa mungkin lebih berkesan berbanding dengan yang dipimpin oleh belia. Tiada bukti yang menunjukkan penambahan sesi dapat menjadikan intervensi lebih berkesan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (afilza@usm.my). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information