Adakah kaunseling secara individu dapat membantu mereka berhenti merokok?

Latar belakang

Kaunseling individu biasanya digunakan untuk membantu orang yang cuba berhenti merokok. Ulasan ini melihat kepada ujian-ujian berkaitan kaunseling oleh ahli terapi yang terlatih yang menyediakan satu atau lebih muka-ke-muka sesi, yang berasingan daripada rawatan perubatan. Hasilnya adalah menjadi seorang yang bukan perokok sekurang-kurangnya enam bulan kemudian.

Ciri-ciri kajian

Kami telah mencari ujikaji di Mei 2016 dan mengenal pasti 49 ujikaji yang merangkumi sekitar 19,000 peserta. Semua ujikaji melibatkan satu atau lebih sesi kaunseling muka-ke-muka selama sekurang-kurangnya 10 minit, tetapi kebanyakannya memakan masa lebih lama. Banyak juga kajian melibatkan perhubungan telefon sebagai sokongan tambahan. Tiga puluh tiga daripada ujikaji yang membandingkan kaunseling individu dengan kumpulan kawalan yang hanya mempunyai sokongan minima, yang boleh menjadi rawatan biasa, nasihat ringkas tentang berhenti merokok, atau bahan bertulis. Daripada jumlah ini, 27 tidak menawarkan sebarang ubat seperti terapi penggantian nikotin (NRT), yang juga boleh membantu orang berhenti merokok. Enam daripada 33 disediakan NRT atau ubat lain untuk semua orang dalam ujikaji tersebut. Dua belas kajian membandingkan kaunseling dari lebih intensif hingga kurang intensif, dan lima membandingkan pelbagai jenis kaunseling.

Keputusan dan kualiti bukti

mengabungkan keputusan-keputusan kajian menunjukkan bahawa kaunseling individu boleh meningkatkan peluang berhenti antara 40% dan 80%, berbanding dengan sokongan yang minima. Ini bermakna jika tujuh daripada 100 perokok berjaya berhenti sekurang-kurangnya enam bulan dengan menggunakan jenis sokongan ringkas yang diberikan kepada kumpulan kawalan, maka di antara 10 dan 12 dalam 100 dijangka akan berjaya selepas kaunseling. Kami telah menilai kualiti bukti sebagai tinggi. Jika semua orang juga mempunyai NRT atau ubat lain, dan 11 dalam 100 boleh berhenti dalam kumpulan kawalan, di antara 11 dan 16 dalam 100 dijangka akan berjaya dengan kaunseling tambahan. Kami telah menilai bukti ini sebagai kualiti sederhana, kerana saiz faedah tidak dapat dipastikan. Mempunyai sokongan kaunseling yang lebih intensif, sebagai contoh lebih banyak sesi, mungkin dapat membantu lebih, tetapi manfaat tambahan mungkin adalah kecil, dan sekali lagi adalah berkualiti sederhana kerana saiz manfaat tidak dikenalpasti. Beberapa kajian yang membandingkan jenis kaunseling tidak menunjukkan sebarang perbezaan antara mereka.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cochrane@rcsiucd.edu.my

Tools
Information