Wanita tidak hamil yang pernah mengalami beberapa jangkitan saluran kencing akan kurang kecenderungan untuk mengalami jangkitan seterusnya jika mereka mengambil antibiotik selama enam hingga 12 bulan

Jangkitan saluran kencing (UTI) adalah jangkitan-jangkitan pundi kencing dan buah pinggang. Ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam dan keletihan, dan kadang-kadang kerosakan buah pinggang. Ulasan ini mendapati bahawa wanita tidak hamil yang telah mengalami dua atau lebih UTIs tahun sebelumnya berpeluang lebih rendah untuk mengalami UTI seterusnya jika diberi rawatan dengan antibiotik selama enam hingga 12 bulan. Kesan-kesan sampingan paling lazim dilaporkan adalah masalah penghadaman / pencernaan, ruam kulit dan iritasi / kerengsaan faraj. Lebih banyak penyelidikan diperlukan bagi menentukan tempoh yang optimum untuk rawatan antibiotik.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan sila hubungi salwah@usm.my

Tools
Information