Tiub pemakanan (biasanya melalui hidung ke dalam perut atau secara terus ke dalam perut) untuk pesakit fibrosis sistik

Soalan ulasan

Kami merancang untuk mengulas bukti tentang kesan-kesan tiub pemakanan (melalui hidung atau perut) dalam pesakit fibrosis sistik.

Latar belakang

Fibrosis sistik ialah satu penyakit yang diwarisi yang menyebabkan kerosakan paru-paru dan pankreas (organ yang diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia untuk membantu mencerna makanan). Pesakit fibrosis sistik selalunya memerlukan lebih banyak kalori untuk mencapai taraf pemakanan yang baik kerana keadaan mereka bermakna makanan tidak diserap dengan baik dan mereka membakar lebih banyak tenaga semasa rehat dan semasa bernafas berbanding dengan orang yang tidak mempunyai fibrosis sistik. Mereka juga sering mempunyai nafsu makan yang rendah. Tambahan selalunya diberikan melalui tiub yang diletakkan sama ada melalui hidung ke dalam perut (pemakanan nasogastrik) atau terus ke dalam perut (pemakanan gastrostomy), yang selalunya semalaman tetapi kadang-kadang juga pada siang hari. Jenis pemakanan ini membantu meningkatkan berat badan, taraf pemakanan, fungsi paru-paru dan mungkin meningkatkan kualiti hidup. Hal ini penting kerana adalah diketahui bahawa taraf pemakanan fibrosis sistik berkait rapat dengan fungsi paru-paru. Walau bagaimanapun, tiub pemakanan adalah mahal dan mungkin memberi kesan terhadap harga diri dan imej badan. Tiub melalui hidung juga mungkin terkeluar semasa batuk. Tiub pemakanan juga boleh menyebabkan loya, muntah-muntah dan cirit-birit, tetapi isu-isu ini biasanya diselesaikan dengan menukar jenis pemakanan, kadar pemberian pemakanan atau cara enzim pankreas diberikan. Ini adalah kemas kini terakhir ulasan yang diterbitkan sebelum ini.

Tarikh carian

Carian terakhir bukti kami adalah pada: 22 Oktober 2018.

Ciri-ciri kajian

Kami mendapati 44 kajian dalam carian kami, tetapi tiada yang sepadan dengan reka bentuk dan tempoh kajian yang kita mahu untuk memeriksa. Oleh itu, kami tidak memasukkan sebarang kajian dalam ulasan ini.

Keputusan utama

Sebaik-baiknya, lebih banyak kajian diperlukan untuk membandingkan tiub pemakanan dengan tambahan makanan melalui mulut dengan diet yang biasa. Kajian baru juga perlu megkaji tentang masa terbaik untuk bermula tiub pemakanan untuk hasil yang terbaik. Kajian-kajian ini mungkin sukar untuk dijalankan kerana ia mungkin bersalah untuk menafikan pesakit dengan kalori tambahan sedangkan diperlukan oleh mereka, dan pada masa kalori tambahan diperlukan oleh mereka melalui cara ini.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Julie Yeo (Taylor’s University, Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi julieyeohh@gmail.com

Tools
Information