Latihan fizikal untuk asma.

Sesetengah orang dengan asma boleh menunjukkan toleransi yang lebih rendah terhadap bersenam kerana gejala asma yang semakin teruk apabila mereka bersenam atau sebab-sebab lain seperti kurang kelaziman ('deconditioning'). Ini boleh menghalang mereka daripada bersukan atau cuba untuk menjaga kesihatan diri. Program latihan fizikal untuk pesakit asma telah direka untuk meningkatkan kecergasan fizikal, koordinasi otot dan keyakinan diri.

Ulasan kajian kajian ini mendapati bahawa latihan senaman (termasuk belari, gimnastik, berbasikal, berenang, mengangkat berat dan berjalan kaki) telah diterima baik dalam kalangan peserta kajian. Ulasan ini juga mendapati bahawa latihan fizikal menambah baik kecergasan kardiopulmonari dan menunjukkan beberapa kesan positif untuk kualiti kehidupan yang berkaitan dengan kesihatan. Walau bagaimanapun, latihan fizikal tidak mempunyai kesan yang besar atas fungsi paru-paru semasa rehat. Ringkasnya, orang dengan asma stabil perlu digalakkan untuk menyertai latihan senaman dalam keupayaan mereka tanpa berasa takut bahawa gejala asma akan menjadi lebih teruk.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information