Tindakan jangka panjang beta2-agonis untuk penyakit pulmonari obstruktif kronik tidak boleh terbalik

Sorotan ini bertujuan untuk menentukan keberkesanan tindakan jangka panjang beta-agonis, salmeterol atau formoterol, dalam rawatan COPD (emfisema / bronkitis kronik). Ubat-ubatan ini meningkatkan aliran udara di dalam paru-paru, dan membolehkan mereka dengan COPD untuk meneruskan aktiviti harian mereka. Dua puluh empat kajian (6061 peserta) melaporkan kesan LABA ke atas mereka dengan COPD. Mereka yang mengambil salmeterol 50 mcg setiap hari mempunyai serangan yang kurang berbanding plasebo, dan peningkatan dalam beberapa fungsi paru-paru dan kualiti hidup. Penemuan ini tidak konsisten untuk menyokong cadangan am bagi penggunaan ubat-ubatan ini dalam kumpulan orang dengan COPD dengan variasi yang minimum dalam fungsi paru-paru mereka, walaupun terdapat beberapa bukti peningkatan dalam hasil penting dan penemuan ini memerlukan penerokaan lanjut dalam kajian tambahan.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi wong.chunhoong@hotmail.com. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan suntingan ini, sila hubungi hayatikk@usm.my

Tools
Information
Share/Save