Asid folik atau asid folinik bagi mengurangkan kesan sampingan methotrexate untuk pesakit radang sendi reumatoid

Para penyelidik dalam Kolobrasi Cochrane telah membuat sebuah ulasan terhadap kesan asid folik atau asid folinik bagi mereka yang mengambil methotrexate untuk radang sendi reumatoid. Setelah mencari semua kajian yang bersesuaian, enam kajian dengan sejumlah 624 orang telah dimasukkan dalam ulasan tersebut. Penemuan-penemuan mereka diringkaskan seperti di bawah.

Dalam pesakit radang sendi reumatoid yang mengambil methotrexate (MTX):

-Mengambil sama ada asid folik atau folinik berkemungkinan mengurangkan kesan-kesan sampingan MTX seperti loya dan sakit perut

-Mengambil sama ada asid folik atau folinik berkemungkinan mengurangkan peluang mendapat ujian darah hati yang tidak normal

-Mengambil sama ada asid folik atau folinik berkemungkinan membantu orang meneruskan rawatan MTX mereka

-Mengambil sama ada asid folik atau folinik berkemungkinan mengurangkan kesan-kesan sampingan MTX seperti sakit mulut

-Kami tidak dapat menentukan sama ada dengan mengambil atau tidak asid folik atau folinik bersama MTX dapat mencegah neutropenia (masalah dengan penghasilan sel darah putih)

-Mengambil asid folik atau folinik bersama MTX tidak memberi kesan kepada keberkesanan MTX dalam merawat radang sendi reumatoid.

Apakah itu asid folik dan asid folinik dan kenapa orang mengambilnya bersama dengan MTX?

Asid folik dan asid folinik adalah sejenis vitamin B9. Badan manusia memerlukan folat untuk menjalani pelbagai fungsi, termasuk pembahagian sel, pertumbuhan, dan pembentukkan sel-sel darah merah yang baru. Asid folinik berbeza dengan asid folik daripada segi kimia akan tetapi kedua-duanya bertindak dalam cara yang sama. Jika seseorang individu tidak mempunyai asid folik atau asid folinik yang mencukupi, ia digelar kekekurangan folat. MTX (sejenis ubat yang selalu digunakan untuk merawat radang sendi reumatoid) bertindak dengan menghalang sesetengah kesan asid folik. Kekurangan folat boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti sakit mulut, masalah perut seperti sakit atau loya, masalah hati atau masalah penghasilan sel-sel darah. Kesan-kesan sampingan ini kadangkala terlampau teruk sehingga mengakibatkan pesakit berhenti mengambil MTX (berhenti rawatan).

Jangkaan terhadap apa yang berlaku kepada mereka yang mengambil asid folik atau asid folinik bersama MTX

Masalah perut seperti loya, muntah atau sakit perut:

- Kurang 9 orang daripada 100 mengalami masalah perut seperti loya dalam tempoh 6 ke 12 bulan selepas mula mengambil asid folik atau folinik bersama MTX (9.0% perubahan mutlak);

-35 orang daripada 100 mengalami masalah perut seperti loya apabila mengambil MTX sahaja untuk radang sendi reumatoid;

-26 orang daripada 100 mengalami masalah perut seperti loya apabila mengambil asid folik atau folinik bersama MTX.

Masalah hati (seperti yang diukur oleh ujian darah hati yang tidak normal):

-Kurang 16 orang daripada 100 mengalami masalah hati dalam tempoh 6 ke 12 bulan selepas mula mengambil asid folik atau folinik bersama MTX (16.0% perubahan mutlak);

-21 orang daripada 100 mengalami ujian darah hati yang tidak normal apabila mengambil MTX sahaja untuk radang sendi reumatoid;

-5 orang daripada 100 mengalami ujian darah hati yang tidak normal apabila mengambil asid folik atau folinik bersama MTX.

Kemampuan untuk meneruskan rawatan MTX:

-Kurang 15 orang daripada 100 yang mengambil asid folik atau folinik berhenti daripada kajian kerana sebarang sebab (15.2% perubahan mutlak);

-25 orang daripada 100 yang mengambil plasebo (asid folik atau asid folinik tiruan) bersama MTX berhenti daripada kajian kerana sebarang sebab;

-10 orang daripada 100 mengambil asid folik atau asid folinik bersama MTX berhenti daripada kajian kerana sebarang sebab.

Sakit mulut atau ulser:

-Kurang 6 orang daripada 100 mengambil asid folik atau asid folinik bersama MTX mengalami sakit mulut (6.2% perubahan mutlak);

-22 orang daripada 100 mengambil plasebo (asid folik tiruan) bersama MTX mengalami sakit mulut atau ulser;

-16 orang daripada 100 mengambil asid folik atau asid folinik bersama MTX mengalami sakit mulut atau ulser.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Kamal Rizal Bin Ishak (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Norhayati Mohd Noor (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini, sila hubungi kamalrizal@usm.my

Tools
Information