Bukti berkualiti tinggi tidak mencukupi untuk menunjukkan bahawa suplemen pemakanan magnesium semasa kehamilan adalah bermanfaat

Ramai wanita, terutamanya mereka yang mempunyai latar belakang yang kurang baik, mempunyai pengambilan magnesium di bawah tahap yang disyorkan. Suplemen magnesium semasa mengandung mungkin dapat mengurangkan sekatan pertumbuhan janin dan pra-eklampsia (tekanan darah tinggi dan protein dalam air kencing semasa kehamilan), dan meningkatkan berat bayi semasa kelahiran. Ulasan ini bertujuan untuk menilai kesan-kesan suplemen magnesium semasa mengandung terhadap ibu, neonat dan pediatrik.

Kami memilih 10 kajian rawak yang melibatkan 9090 orang wanita dan bayi mereka dalam ulasan ini. Kajian- kajian ini mempunyai kualiti keseluruhan yang rendah sehingga sederhana. Tiada perbezaan dalam risiko kematian perinatal (kematian bayi sewaktu lahir dan kematian bayi sebelum keluar hospital) didapati apabila kami memandingkan kumpulan bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang menerima magnesium semasa kehamilan dan kumpulan bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang tidak menerima magnesium Suplemen magnesium tidak mengurangkan risiko bayi dilahirkan kecil untuk umur gestasi mereka, dan tidak mengurangkan risiko pra-eklampsia pada para ibu.

Kami tidak mendapati bukti yang menunjukkan bahawa suplemen magnesium semasa kehamian adalah berfaedah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Disunting oleh MW Chan (Kolej Perubatan Pulau Pinang). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Tools
Information