Ubat anti-keradangan bukan steroid (Non-steroidal anti-inflammatory drugs) untuk pendarahan haid yang teruk

Ubat anti-keradangan bukan steroid (NSAIDs) boleh mengurangkan pendarahan haid yang teruk(heavy menstrual bleeding, HMB), namun asid tranexemic, danazol atau sistem perembesan levonorgestre dalam rahim[levonorgestrel-releasing intrauterine system (LNG IUS)] lebih berkesan.

Wanita meminta bantuan untuk HMB hanya apabila ia menjejaskan kualiti hidup mereka walaupun kehilangan darah haid tersebut boleh dinilai secara objektif. Tahap prostaglandin (asid lemak semula jadi) adalah lebih tinggi dalam kalangan wanita yang mengalami HMB dan dikurangkan oleh NSAIDs. Ulasan kajian-kajian mendapati bahawa keberkesanan NSAIDs dalam mengurangkan HMB adalah sederhana, tetapi danazol, asid tranexamic dan LNG IUS adalah lebih berkesan. Danazol menyebabkan jangka masa pendarahan lebih pendek dan lebih kesan buruk daripada NSAIDs namun ini tidak menghalang wanita daripada menggunakannya. Keputusan ini adalah berdasarkan sebilangan kecil kajian yang berkuasa rendah.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Woh Chee Peng (International Medical University). Disunting oleh Ahmad Filza Ismail (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi cheepeng.woh@gmail.com.

Tools
Information
Share/Save