Peranan bbukan tradisi ahli farmasi pesakit luar.

Peranan ahli farmasi di dalam masyarakat adalah lebih daripada pendispensan ubat-ubatan. Ia melibatkan mengenalpasti, mencegah, dan menyelesaikan masalah berkaitan dengan ubat, serta menggalakkan penggunaan ubat-ubatan dan promosi kesihatan dan pendidikan.

Ulasan ini mendapati empat puluh tiga kajian yang menilai peranan bukan tradisional ahli farmasi. Secara amnya, data yang dimasukkan dalam ulasan ini menyokong peranan ahli farmasi dalam kaunseling, pengurusan terapeutik, dan menyediakan pendidikan profesional kesihatan dengan matlamat mempertingkatkan proses penjagaan pesakit dan hasil klinikal. Peranan bukan tradisional ahli farmasi pesakit luar meningkatkan hasil penjagaan kesihatan. Data menunjukkan bahawa lawatan jangkauan pendidikan boleh memberi kesan terhadap corak preskripsi doktor.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Wong Chun Hoong (International Medical University). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi Wong.ChunHoong@student.imu.edu.my.

Tools
Information
Share/Save