Terapi senaman untuk merawat sakit bahagian bawah belakang tak khusus

Terapi senaman menunjukkan sedikit kesan untuk mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi dalam kalangan orang dewasa yang menghidap sakit bahagian bawah belakang yang kronik, terutama dalam populasi yang mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai sakit bahagian bawah belakang subakut, terdapat bukti bahawa program aktiviti berperingkat dapat mengurangkan masalah ketidakhadiran ke tempat kerja, namun bukti untuk senaman lain adalah tidak jelas Untuk penghidap sakit bahagian bawah belakang akut, keberkesanan terapi senaman adalah sama seperti tiada rawatan atau rawatan konservatif lain.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Tan Wing (Melaka mannipal Medical College). Untuk sebarang pertanyaan mengenai terjemahan ini sila hubungi jame5wtan93@gmail.com. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail, Kolej Perubatan Melaka-Manipal.

Tools
Information