Senaman untuk pencegahan dan rawatan osteoporosis dalam kalangan wanita postmenopaus

Ringkasan ulasan Cochrane ini menunjukkan apa yang kami ketahui dari penyelidikan mengenai kesan senaman ke atas ketumpatan tulang dalam wanita postmenopaus.

Ulasan menunjukkan untuk wanita postmenopaus

-       Senaman akan tambah-baik sedikit ketumpatan mineral tulang.

-       Senaman akan mengurangkan peluang keretakan tulang.


Keputusan-keputusan / hasil-hasil ini mungkin berlaku dengan tidak sengaja.

Apakah osteoporosis dan senaman

Tulang ialah bahagian badan kita yang hidup dan membesar. Sepanjang hayat, sel-sel tulang yang baru dihasilkan / tumbuh dan sel-sel tulang yang lama terhapus untuk menyediakan ruang bagi tulang baru yang lebih kuat. Apabila anda mempunyai osteoporosis, tulang-tulang lama pecah terhapus dengan lebih cepat berbanding dengan tulang baru yang menggantikannya. Apabila ini berlaku, tulang-tulang akan kehilangan mineral-mineral (seperti kalsium). Ini menjadikan tulang-tulang lebih lemah dan lebih mudah untuk patah / pecah walaupun selepas kemalangan kecil, seperti hentakan kecil atau kejatuhan.

Intervensi-intervensi senaman pada lazimnya menekankan atau mengenakan berat secara mekanikal ke tulang (di mana tulang menyokong berat badan atau bilamana pergerakan ditentang contohnya apabila pemberat digunakan) dan termasuk aerobik, latihan kekuatan, berjalan dan tai chi.

Anggaran terbaik mengenai apa yang berlaku kepada wanita menopaus yang bersenam

Ketumpatan mineral tulang di tulang belakang

Orang ramai yang bersenam pada puratanya mempunyai 0.85% kurang kehilangan tulang berbanding dengan mereka yang tidak bersenam.

Orang yang melibatkan diri dalam kombinasi senaman pelbagai jenis pada puratanya mempunyai 3.2% kurang kehilangan tulang berbanding mereka yang tidak bersenam.

Ketumpatan mineral tulang di punggung / tulang pinggul

Orang yang bersenam pada puratanya mempunyai 1.03% kurang kehilangan tulang berbanding dengan mereka yang tidak bersenam.

Orang yang bersenam dengan latihan kekuatan mempunyai pada puratanya 1.03% kurang kehilangan tulang.

Keretakan-keretakan tulang

Kurang 4 wanita dari 100 yang bersenam mempunyai keretakan tulang.   (4% Perbezaan total).

7 wanita dari 100 yang bersenam mempunyai keretakan tulang.

11 wanita dari 100 yang tidak bersenam mempunyai keretakan tulang.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan Noor Salwah S Omar (Universiti Sains Malaysia). Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman (Universiti Sains Malaysia). Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi salwah@usm.my.

Tools
Information