Vaksin hepatitis B dapat mencegah jangkitan hepatitis B dalam kalangan pekerja sektor kesihatan

Vaksin yang diperoleh daripada plasma darah dapat mengelakkan kes hepatitis B dalam kalangan pekerja sektor kesihatan. Vaksin rekombinan tidak mempunyai perbezaan yang ketara apabila dibandingkan dengan vaksin yang diperoleh daripada plasma darah dalam menghasilkan antibodi permukaan hepatitis B. Kedua-dua vaksin diterima dengan baik. Suntikan intraotot menyebabkan lebih banyak kesan sampingan sistemik, manakala suntikan intradermal menyebabkan lebih banyak kesan sampingan tempatan. Suntikan pada otot deltoid lebih berkesan daripada suntikan pada otot gluteal dari segi penghasilan antibodi. Jadual suntikan standard (0, 1 dan 6 bulan) menghasilkan tindak balas antibodi yang lebih baik daripada jadual imunisasi pantas (0, 1, dan 2 bulan). Ia tidak diketahui sama ada vaksin hepatitis B melindungi pekerja kesihatan daripada jangkitan virus hepatitis B yang telah bermutasi.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Lee Xiao Ying (Penang Medical College). Disunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan, berkaitan terjemahan ini sila hubungi xylee@ms.pmc.edu.my

Tools
Information