Pembedahan Caesarean berbanding penghantaran faraj untuk kelahiran preterm bagi wanita dengan bayi tunggal (tidak berbilang kelahiran)

Tiada bukti mencukupi untuk menunjukkan kesan dasar pembedahan Caesarean segera yang dirancang terdahulu berbanding dasar penghantaran faraj yang dirancang terdahulu untuk kelahiran bayi pramatang.

Pembedahan Caesarean adalah pembedahan yang dilakukan untuk melahirkan bayi melalui luka dalam perut dan rahim. Pembedahan Caesarean yang dirancang terdahulu untuk wanita yang dianggap sebagai berada dalam keadaan kelahiran pra-terma mungkin boleh memberi pelindungan kepada bayi, mencegah pembedahan kecemasan intrapartum dengan komplikasi yang berkaitan, dan mungkin traumatik terhadap ibu dan bayi. Seringkali wanita yang dianggap berada dalam proses bersalin pra-terma akan bersalin dalam tempoh lebih lambat , dan sering pada terma. Oleh demikian, adalah berkemungkinan bahawa dasar pembedahan Caesarean yang dirancang terdahulu boleh meningkatkan bilangan bayi lahir pra-terma.

Kami melibatkan enam kajian rawak (melibatkan 122 wanita hamil) tetapi hanya empat kajian (melibatkan 116 wanita) yang menyumbang kepada analisis. Ulasan kami mendapati bahawa tidak ada bukti yang cukup kukuh untuk membandingkan pembedahan Caesarean yang dirancang dengan kelahiran melalui faraj yang dirancang. Kadangkala pembedahan Caesarean yang dirancang tidak terjadi kerana proses bersalin berlangsung dengan terlalu cepat dan adakala sekiranya kelahiran melalui faraj adalah dirancang terdahulu, komplikasi yang timbul semasa proses bersalin memerlukan pembedahan Caesarean. Ulasan tersebut mendapati bahawa tidak cukup wanita yang direkrut ke dalam kajian-kajian berkenan dan oleh itu, cara terbaik untuk menyalinkan bayi pra-terma, sama ada persembahan cephalic atau breech,adalah berpandukan pendapat dan amalan semasa hospital berkenan, dan bukannya yang berasaskan bukti .

Kesemua empat kajian dihentikan awal, disebabkan oleh kesukaran merekrut wanita. Tiada data berkenaan komplikasi serius terhadap ibu termasuk kemasukan ke unit rawatan rapi. Walau bagaimanapun, terdapat tujuh kes mengenai komplikasi pendarahan ibu selepas bersalin di dalam kumpulan yang diperuntukkan pembedahan Casarean yang dirancang (dehiscence luka, trombosis urat mendalam, kejutan endotoxic dan sepsis puerperal) manakala tiada kes yang dilaporkan dalam kumpulan kelahiran melalui faraj. Tiada perbezaan yang jelas dari segi kehilangan darah yang berlebihan dari kanal lahir selepas bersalin (postpartum haemorrhage) mahupun asphyxia kelahiran atau sindrom kesukaran pernafasan atau kecederaan pada bayi semasa kelahiran antara kedua-dua kumpulan yang dibandingkan

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Khaw Loke Tim (International Medical University). Disunting oleh Ernie Yap. Untuk sebarang pertanyaan berkaitan terjemahan ini sila hubungi LokeTimKhaw@imu.edu.my

Tools
Information