Ubat tekanan darah tinggi dapat mengurangkan strok dan serangan jantung pada orang tua dengan tekanan darah tinggi

Terjemahan ini tidak kemaskini. Sila klik di sini untuk melihat versi Bahasa Inggeris terbaru Ulasan Sistematik ini.

Hipertensi (tekanan darah tinggi) adalah biasa dalam kalangan orang tua dan meningkatkan risiko serangan jantung dan strok. Penilaian semua kajian terapi mengurangkan tekanan darah pada orang dengan hipertensi 60 tahun dan ke atas menunjukkan bahawa rawatan mengurangkan kematian, strok dan serangan jantung. Manfaat ini adalah sama jika kedua-dua bacaan nombor atas dan bawah meningkat atau hanya bacaan nombor atas. Pada orang yang berumur 80 tahun ke atas, rawatan tidak mengurangkan kematian tetapi mengurangkan strok.

Nota terjemahan: 

Diterjemahkan oleh Ng Chia Shyn (International Medical University). Di sunting oleh Tan May Loong (Penang Medical College). Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ng.ChiaShyn@student.imu.edu.my.

Share/Save