Apa itu bukti Cochrane dan bagaimana bukti ini boleh membantu anda?

Selama 20 tahun, Cochrane telah menghasilkan ulasan sistematik mengenai penyelidikan-penyelidikan utama dalam penjagaan kesihatan dan dasar kesihatan manusia. Ianya diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sumber maklumat penjagaan kesihatan dengan piawaian tertinggi yang berasaskan bukti.

 

Apa itu bukti Cochrane dan bagaimana bukti ini boleh membantu anda?

Cochrane berkerjasama dengan penyumbang di seluruh dunia untuk menghasilkan bukti yang berwibawa, relevan, dan boleh dipercayai, dalam bentuk Ulasanan Cochrane.

Ulasan Cochrane adalah kajian yang sistematik mengenai penyelidikan utama dalam penjagaan kesihatan dan polisi kesihatan, dan diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai standard tertinggi dalam sumber penjagaan kesihatan berasaskan bukti. Mereka menyiasat kesan-kesan intervensi untuk pencegahan, rawatan dan pemulihan. Mereka juga menilai ketepatan ujian diagnostik untuk keadaan tertentu dalam kumpulan pesakit tertentu dan tempat kajian dijalankan. Mereka diterbitkan dalam talian di Perpustakaan Cochrane.

Setiap ulasan sistematik menangani soalan yang digubal dengan jelas; sebagai contoh:

Bolehkah antibiotik membantu dalam mengurangkan gejala sakit tekak?

Untuk menjawab soalan ini, kami mencari dan mengumpul semua penyelidikan utama sedia ada pada satu topik yang memenuhi kriteria tertentu; kemudian kami menilai menggunakan garis panduan yang ketat, untuk menentukan sama ada atau tidak terdapat bukti konklusif mengenai rawatan tertentu.

Ulasan Cochrane adalah ditinjau-semula setara dan dinamik; kami kerap mengemas kini web memasukkan penyelidikan baru. Ini memastikan anda boleh membuat keputusan rawatan berdasarkan bukti terkini dan boleh dipercayai.

Kami sedang berusaha untuk menjadikan keterangan ini boleh diakses di cochrane.org dengan mewujudkan ringkasan keputusan ulasan sistematik. Kami berharap agar anda mendapati ia berguna. Untuk mencari ringkasan kami, sila klik di sini.

Daftar untuk surat berita bulanan kami Mencari bukti kesihatan kita Libatkan diri

Berkongsi/Menyimpan