Podcast : Bolehkah perokok berhenti merokok dengan mengurangkan dengan jumlah rokok terlebih ahulu?

Terdapat lebih daripada 50 ulasan Cochrane mengenai kesan-kesan intervensi untuk membantu orang berhenti merokok; salah satunya menyiasat sama ada pengurangan jumlah rokok sebelum berhenti boleh menjadi satu alternatif kepada berhenti secara tiba-tiba. Ulasantersebut telah dikemaskinikan pada bulan September 2019 dan pengarang utama, Nicola Lindson, daripada Kumpulan Ketagihan Tembakau Cochrane (Cochrane Tobacco Addiction Group) yang berdasar di “University of Oxford” di UK untuk  menjelaskan penemuan terkini mereka. 

- Baca transkrip

Terdapat lebih daripada 50 ulasan Cochrane mengenai kesan-kesan intervensi untuk membantu orang berhenti merokok; salah satunya menyiasat sama ada pengurangan jumlah rokok sebelum berhenti boleh menjadi satu alternatif kepada berhenti secara tiba-tiba. Ulasan tersebut telah dikemaskinikan pada bulan September 2019 dan pengarang utama, Nicola Lindson, daripada Kumpulan Ketagihan Tembakau Cochrane (Cochrane Tobacco Addiction Group) yang berdasar di “University of Oxford” di UK untuk  menjelaskan penemuan terkini mereka.

Kaedah yang biasa perokok diminta untuk berhenti merokok ialah dengan menasihati mereka untuk berokok seperti biasa sehingga tibanya satu hari di mana mereka hendaklah berhenti sepenuhnya. Tetapi kaedah ini mungkin menggentarkan ramai perokok dan mereka yang pernah mencuba kaedah ini tetapi telah gagal berkemungkinan hendak mencuba kaedah yang berlainan. Pengurangan jumlah rokok sebelum berhenti boleh menjadi satu alternatif dan ia adalah penting untuk mengetahui sama ada kaedah ini mempunyai kesan yang sama seperti kaedah berhenti merokok secara tiba-tiba.
Ulasan ini telah menyiasat mengenai hal ini dan para penyelidik  telah mengenal pasti bukti berkualiti sederhana bahawa orang yang diminta untuk berhenti merokok dengan sepenuhnya secara tiba-tiba kurang berkemungkinan untuk berhenti berbanding dengan mereka yang diminta untuk mengurangkan jumlah rokok sebelum berhenti. Para penyelidik juga ingin meneroka sama ada dengan pengurangan jumlah rokok sebelum berhenti akan membawa kesan-kesan sampingan seperti keinginan merokok, kesukaran untuk tidur, mood rendah atau lekas marah. Namun, terdapat sangat kurang kajian yang memberi maklumat mengenai perkara ini. Oleh itu ianya tidak jelas.
Para penyelidik telah menyertakan 51 kajian rawak dalam ulasan tersebut yang melibatkan lebih daripada 22,000 orang yang merokok tembakau. Kebanyakan daripada mereka terdiri daripada orang dewasa dan mereka biasanya merokok sekurang-kurang 23 batang rokok sehari pada peringkat awal kajian. Kajian-kajian tersebut membandingkan orang yang diminta berhenti merokok selepas mengurangkan jumlah rokok sebelum berhenti, dengan mereka yang sama ada tidak menerima sebarang rawatan untuk membantu berhenti merokok, mereka yang diminta berhenti merokok sepenuhnya secara tiba-tiba, atau mereka yang diminta berhenti merokok menggunakan kaedah yang lain. Kaedah pengurangan yang telah diuji amat berbeza dalam  kajia-kajian yang disertakan.Ada yang hanya meminta peserta untuk mengurangkan jumlah rokok yang dirokok, sementara yang lain pula memberi arahan yang terperinci atau cadangan mengenai kaedah untuk melakukannya; salah satunya dilakukan secara bersemuka.
Penelitian bukti-buktisecara mendalam, para penyelidik mendapati bahawa orang yang mengurangkan jumlah rokok serta mengguna varenicline ataupun terapi gantian nikotin (NRT) yang bertindak pantas seperti gula-gula getah atau ‘lozenges’, lebih cenderung untuk berhenti merokok, berbanding dengan mereka yang mengurangkan jumlah rokok dengan ubat yang lain atau tiada ubat langsung. Mereka juga mendapati bahawa pemberian sokongan secara bersemuka kepada para perokok boleh membantu mereka untuk berhenti merokok berbanding dengan hanya memberi mereka bahan-bahan bantu diri. 
Kesimpulannya, dengan meminta perokok supaya mengurangkan jumlah rokok mereka dahulu mungkin adalah satu kaedah yang berguna untuk membantu mereka berhenti merokok. Sekirany kadedah ini ditambah dengan penggunaan NRT yang bertindak pantas atau varenicline, dan tambahan sokongan tingkah laku peluang kejayaan mereka boleh dimaksimakan. Kajian masa depan yang dijalankan dengan baik hendaklah menumpu kepada penyiasatan sama ada pengurangan jumlah rokok untuk berhenti merokok adalah lebih berkesan untuk populasi yang tertentu, dan kaedah pengurangan jumlah rokok untuk berhenti merokok yang manakah yang boleh memberi kadar hentian yang paling tinggi. 

Untuk lebih memahami mengenai pelbagai intervensi yang telah dinyatakan dalam ulasan ini dan untuk membaca dengan lanjut tentang jenis-jenis kajian yang masih diperlukan, anda boleh mencari maklumat tersebut daripada laman web kami. Sila memasukkan ‘intervensi pengurangan merokok’ dalam bahagian carian mudah di laman web Cochrane Library dot com untuk maklumat yang lebih lanjut. 

Fail Media digital ini diterjemahkan dan dirakamkan oleh Nicole (RCSI & UCD MALAYSIA CAMPUS). Disunting oleh Dr Tan May Loong (RCSI & UCD MALAYSIA CAMPUS).

Tutup transkrip