Fail Media Digital: Strategi-strategi untuk membantu orang menghidap asma untuk mengambil penyedut steroid mereka seperti ditetapkan

Di samping beberapa Ulasan Cochrane yang tersedia ada mengenai steroid untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan asma, pada bulan April 2017 Kumpulan Cochrane Airways menambah kajian semula intervensi baru untuk meningkatkan kepatuhan terhadap ubat-ubatan ini. Unit  Editorial Cochrane meminta Rebecca Normansell dan Liz Stovold, kedua-dua pengarang ulasan ini dan ahli dalam Cochrane Airways, untuk memberitahu lebih banyak dalam fail digital media ini.

- Membaca transkrip

Salam sejathera. Nama saya Nurasyikkin Rohim graduan perubatan dari Penang Medical College.
Di samping beberapa Ulasan Cochrane yang tersedia ada mengenai steroid untuk orang dewasa dan kanak-kanak dengan asma, pada bulan April 2017 Kumpulan Cochrane Airways menambah kajian semula intervensi baru untuk meningkatkan kepatuhan terhadap ubat-ubatan ini. Unit Editorial Cochrane meminta Rebecca Normansell dan Liz Stovold, kedua-dua pengarang ulasan ini dan ahli dalam Cochrane Airways, untuk memberitahu lebih banyak dalam fail digital media ini.

Steroid yang disedut adalah salah satu rawatan yang paling berkesan untuk asma tetapi ramai yang sering terlepas dos. Mereka lupa, tidak memahami sepenuhnya kepentingan menggunakan alat sedut mereka, atau bimbang tentang kesan sampingan. Kekurangan pematuhan ini mempunyai akibat negatif dan ulasan baru-baru ini di UK melaporkan bahawa ia menyumbang kepada satu pertiga kematian asma. Ulasan pasukan penyedlidk melihat cara yang mungkin boleh membantu orang yang menghidap asma untuk mengambil penyedut mereka seperti yang ditetapkan, untuk melihat sama ada intervensi ini dapat meningkatkan kepatuhan dan membawa kepada hasil yang lebih baik, seperti kekurangan serangan asma dan kawalan asma yang lebih baik.

Liz Stovold berkata, “Kami menemui sejumlah besar kajian, iaitu 39 kajian yang sesuai untuk dimasukkan. Kajian terbesar melibatkan hampir 1,000 orang dan yang paling kecil 12 orang. Kajian-kajian ini berlangsung dari dua hingga 24 bulan, dan 18 daripadanya melibatkan hanya kanak-kanak.” Beliau bertambah “Kami mengumpulkan kajian-kajian ke dalam satu daripada empat kumpulan perbandingan utama. Perbandingan pertama, dan yang terbesar dengan 20 kajian, adalah pendidikan pematuhan berbanding kawalan. Orang yang menerima pendidikan mempunyai purata pematuhan sebanyak 20 mata peratusan lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Tetapi cara setiap kajian dijalankan dan hakikat bahawa hasil kajian individu agak berbeza antara satu dengan yang lain bermakna kita tidak pasti tentang keteguhan penemuan ini. Kumpulan kedua, dengan 11 kajian, melihat peringatan penyedut secara elektronik. Orang yang menerima peringatan ini mempunyai purata kepatuhan sebanyak19 mata peratusan yang lebih tinggi daripada kumpulan kawalan. Walaupun kita mempunyai kekhuatiran tentang cara beberapa kajian ini dijalankan, kami agak yakin dalam penemuan ini. Kumpulan ketiga, yang membandingkan rejimen ubat-ubatan yang mudah dengan biasa melibatkan hanya empat kajian, dan mendapati bahawa pematuhan dalam kumpulan intervensi meningkat dengan purata empat mata peratusan. Akhirnya, kumpulan keempat dengan tiga kajian telah mengkaji terapi penyedut berasaskan sekolah tetapi data kepatuhan tidak tersedia untuk kajian-kajian ini.”

Rebecca Normansell pula berkata “Secara keseluruhannya, walaupun terdapat peningkatan dalam pematuhan dengan beberapa intervensi, kami tidak melihat manfaat yang jelas untuk serangan asma atau kawalan asma, walaupun beberapa kajian individu melaporkan sedikit pengurangan dalam serangan dan penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan.” Secara ringkas, ulasan ini menunjukkan bahawa terdapat intervensi yang mungkin meningkatkan pematuhan steroid yang disedut di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak, dan adalah sangat penting untuk mengadakan perbincangan yang ditetapkan mengenai kepatuhan dengan orang yang menghidap asma. Walau bagaimanapun, para penyelidik ulasan tidak menemui bukti yang kukuh tentang sama ada intervensi tertentu akan membawa kepada hasil asma yang lebih baik dan beberapa program adalah rumit dan berkemungkinan mahal sehingga sukar untuk dilaksanakan dalam persekitaran kehidupan sebenar

Sekiranya anda ingin meneroka program yang telah dinilai dengan lebih terperinci dan ingin membaca tentang kesan penuh dari empat kategori intrevensi yang disebutkan oleh Rebecca dan Liz, sila layari Cochrane Library dot com dan cari 'steroid adherence'.

Podcast ini Diterjemahkan oleh Nila Pillai dan disunting oleh Tan May Loong dari Penang Medical College dari podcast yang asal yang bertajuk:
“Strategies to help people with asthma take their steroid inhaler as prescribed”

Tutup transkrip
Berkongsi/Menyimpan