Fail Media Digital: Intervensi psikososial untuk penyalahgunaan kokain dan amfetamin

Penyalahgunaan psikostimulan adalah satu masalah perubatan dan sosial yang semakin meningkat. Sekumpulan penyelidik Cochrane dari Itali telah menyelidik bukti untuk intervensi psikososial dalam Cochrane Review yang baru dari September 2016. Salah seorang pengarang tersebut, Franco De Crescenzo dari Universiti Katolik Sacred Heart di Rom membuat perkongsian lanjut untuk fail media digital ini. 

- Membaca transkrip

Selamat sejahtera, saya Wong Chun Hoong daripada International Medical University, menterjemahkan dan merakamkan fail media digital ini. Dr. Mohd Azhar Mohd Yasin daripada Universiti Sains Malaysia adalah penyunting untuk skrip fail media digital ini.

Penyalahgunaan psikostimulan adalah satu masalah perubatan dan sosial yang semakin meningkat. Sekumpulan penyelidik Cochrane dari Itali telah menyelidik bukti untuk intervensi psikososial dalam Cochrane Review yang baru dari September 2016. Salah seorang pengarang tersebut, Franco De Crescenzo dari Universiti Katolik Sacred Heart di Rom membuat perkongsian lanjut untuk fail media digital ini.
Adalah dianggarkan bahawa 1 daripada 90 orang di dunia menyalahgunakan psikostimulan, dan yang paling kerap disalahgunakan adalah kokain dan dadah stimulan jenis amfetamin seperti Methamphetamin, Amfetamin dan Ecstacy. Walau bagaimanapun, tidak ada intervensi yang telah diterima pakai secara meluas untuk mencegah atau mengurangkan penyalahgunaan psikostimulan.
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat perkembangan yang pesat dalam penyelidikan intervensi psikososial, kerana rawatan ubat-ubatan telah didapati secara relatifnya adalah tidak berkesan. Oleh itu, ia adalah penting untuk mengumpul bukti-bukti ini. Para penyelidik telah menjalankan cochrane review ini untuk menyiasat sama ada intervensi psikososial dapat meningkatkan kepatuhan kepada rawatan, menahan diri atau, sekurang-kurangnya, mengurangkan kekerapan penyalahgunaan psikostimulan; dengan harapan untuk mencari intervensi yang paling berkesan. Malangnya, kajian yang sedia ada tidak memadai untuk membolehkan penyelidik menentukan sama ada sesetengah jenis intervensi psikososial yang khusus boleh dianggap lebih baik daripada yang lain, tetapi, secara umumnya, para penyelidik mendapati bahawa intervensi-intervensi psikososial tersebut mempunyai beberapa manfaat.
Rawatan psikososial menggunakan pelbagai kaedah untuk cuba mencapai matlamat bagi mengekalkan pesakit dalam rawatan, menahan diri dari mengunakan dadah atau mengurangkan kuantiti dan kekerapan penyalahgunaan serta mencegah kemunculan semula penyakit. Para penyelidik secara khususnya berminat mengetahui, sebaik mana rawatan dapat mengurangkan penggunaan psikostimulan dan membantu pesakit kekal dalam rawatan; tetapi rawatan tersebut mungkin membantu dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, memberi mereka kemahiran untuk menyelesaikan masalah-masalah semasa dan memperbaiki gangguan fungsi pemikiran dan corak tingkah laku; atau menyediakan latihan kemahiran, memperbaiki hubungan, menawarkan pekerjaan dan kaunseling pekerjaan, membangkitkan dan mengukuhkan motivasi dalaman untuk berubah, dan membantu pesakit mencapai matlamat mereka.
Para penyelidik telah mencari kajian-kajian yang membandingkan penjagaan standard tanpa rawatan psikososial dengan intervensi yang berstruktur dan standard, serta membuat perbandingan secara langsung antara rawatan-rawatan psikososial yang berbeza. Para penyelidik berminat dalam pelbagai jenis rawatan, termasuk cognitive therapy, community reinforcement, coping skills training, contingency management, motivational interviewing, interpersonal therapy, psychodynamic therapy dan 12-step approach. Walaubagaimanapun oleh kerana pengurusan kes dan kaunseling biasanya dijalankan didalam penjagaan standard, para penyelidik tidak mengambil kira jenis rawatan tersebut sebagai intervensi kajian.
Selepas menyaring lebih kurang 6500 rekod, para penyelidik dapat merangkumkan 52 kajian rawak, dengan sejumlah hampir 7000 peserta.Kebanyakan kajian adalah datang dari Amerika Syarikat, dengan sebelas kajian yang dilakukan di negara-negara lain.Empat di Sepanyol, tiga di Australia, dua di Switzerland dan dua di UK. Secara keseluruhan, para penyelidik menilai kualiti bukti adalah diantara sederhana dan rendah kerana begitu ramai peserta yang tidak dapat dikesan semasa susulan dan banyak kajian melaporkan keputusan yang bercanggah.
Walaubagaimanapun, para penyelidik dapat membuat beberapa kesimpulan dan garis dasar para penyelidik iaitu, mengambilkira secara keseluruhan, jika dibandingkan dengan penjagaan standard, intervensi psikososial mungkin dapat meningkatkan kepatuhan kepada rawatan dan boleh meningkatkan pertahanan diri dari menguna dadah di akhir rawatan; walaubagaimanapun manfaat ini mungkin akan hilang beberapa bulan selepas tamat rawatan.
Jika anda ingin membaca lebih lanjut mengenai pelbagai intervensi yang telah diuji didalam lebih daripada 50 kajian didalam review oleh Franco, anda boleh mencarinya didalam talian online di Cochrane Library. Layari Cochrane Library dot com dan buat pencarian mudah dengan menaip 'penyalahgunaan psikostimulan'.

Tutup transkrip
Berkongsi/Menyimpan