Fail Media Digital: Adakah penyusuan susu ibu mengurangkan kesakitan vaksinasi pada bayi yang berumur 1 hingga 12 bulan?

Dalam tahun pertama hidup mereka, bayi akan menerima banyak vaksin, yang amat penting untuk kesihatan awam. Walau bagaimanapun, pengalaman ini boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan untuk bayi dan ibu bapa mereka. Dalam Ulasan Cochrane baru dari Oktober 2016, Denise Harrison dari University of Ottawa di Kanada dan rakan-rakannya memeriksa penyelidikan samada penyusuan susu ibu mungkin boleh mengurangkan kesakitan ini. Beliau menceritakan apa yang didapati dalam fail media digital ini.

- Membaca transkrip

Salam sejahtera. Nama saya Lee Huey Fern, graduan perubatan dari Penang Medical College.

Dalam tahun pertama hidup mereka, bayi akan menerima banyak vaksin, yang amat penting untuk kesihatan awam. Walau bagaimanapun, pengalaman ini boleh menyebabkan kesakitan dan ketidakselesaan untuk bayi dan ibu bapa mereka. Dalam Ulasan Cochrane baru dari Oktober 2016, Denise Harrison dari University of Ottawa di Kanada dan rakan-rakannya memeriksa penyelidikan samada penyusuan susu ibu mungkin boleh mengurangkan kesakitan ini. Beliau menceritakan apa yang didapati dalam fail media digital ini.

Apabila pasukan penyelidik ulasan Cochrane ini memulakan ulasan ini, mereka sudah sedar dari ulasan lain sebelum ini bahawa penyusuan susu ibu untuk bayi yang baru lahir dapat mengurangkan kesakitan semasa suntikan atau mengambil darah. Namun, mereka tidak tahu jika ini adalah benar untuk bayi yang lebih tua, iaitu bayi yang berumur sehingga satu tahun. Jika susu ibu adalah berkesan untuk mengurangkan kesakitan semasa suntikan yang menyakitkan dan prosedur lain untuk bayi-bayi ini, ia mungkin memudahkan pencapaian kesihatan awam yang lebih baik dari vaksinasi. Oleh itu, pasukan penyelidik ini bertujuan untuk mengkaji semula bukti samada penyusuan susu ibu dapat mengurangkan kesakitan pada bayi yang berumur 1 hingga 12 bulan.

Para penyelidik mendapati 10 kajian yang melibatkan hampir 1100 bayi. Lapan adalah kajian rambang, dan dua lagi adalah kajian seakan-rawak. Tiga kajian adalah dari India, tiga dari Iran, dua dari Turki dan satu dari Kanada dan Jordan. Semua kajian menyiasat penyusuan susu ibu semasa suntikan.

Cara utama kesakitan diukur adalah tempoh masa bayi menangis dan skor kesakitan. Para penyelidik mendapati penyusuan susu ibu, berbanding dengan memegang, atau meletakkan bayi di atas meja pemeriksaan membawa kepada masa menangis yang kurang dan skor kesakitan yang lebih rendah. Ini penting secara klinikal kerana ia menunjukkan bahawa kita mempunyai cara untuk mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan semasa suntikan untuk bayi yang sedang menyusu susu ibu. Walau bagaimanapun, tiada kajian melaporkan kesan buruk, seperti batuk atau tersedak semasa penyusuan susu ibu dan tiada kajian yang melaporkan jika bayi enggan penyusuan susu ibu.

Para penyelidik telah menilai kualiti bukti untuk kesan pengurangan kesakitan semasa vaksinasi dengan penyusuan susu ibu sebagai sederhana bagi kesan mengurangkan skor kesakitan dan tempoh masa menangis, terutamanya pada bayi berumur sehingga enam bulan. Penemuan ini menyokong penyata kedudukan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mencadangkan penyusuan susu ibu untuk bayi semasa suntikan sebagaimana diterima budaya setempat dan boleh dilaksanakan. Tetapi para penyelidik kurang pasti tentang kesan-kesan untuk bayi berumur 6 hingga 12 bulan kerana kekurangan bukti untuk bayi yang lebih tua ini.

Kesimpulannya, jika ibu-ibu menyusukan bayi mereka, penyusuan susu ibu boleh dilakukan semasa suntikan untuk mengurangkan kesakitan pada bayi. Jika ibu tidak menyusu, atau memilih untuk tidak menyusukan semasa suntikan, ulasan sistematik lain masih boleh membantu kerana ia telah menunjukkan bahawa sejumlah kecil air gula dapat mengurangkan kesakitan bayi.

Jika anda ingin membaca lebih lanjut mengenai bukti untuk penyusuan susu ibu semasa prosedur menyakitkan, dan mendapati ulasan lain yang disebutkan, anda cuma perlu pergi ke Cochrane Library dot com dan mencari 'kesakitan hasil daripada prosedur pada bayi.’

Podcast ini Diterjemahkan oleh Nila Pillai dan disunting oleh Tan May Loong
dari Penang Medical College, dari podcast yang asal yang bertajuk:
“Does breastfeeding reduce vaccination pain in babies aged 1 to 12 months?”

Tutup transkrip
Berkongsi/Menyimpan