Podcast : Pengurusan Gag dalam pesakit pergigian

Pesakit yang menjalani rawatan pergigian seringkali merasai ketidakselesaan refleks gag, dan ulasan Cochrane baharu pada Oktober 2015 mencari bukti tentang cara menguruskannya. Pengarang utama, Prashanti Eachempati dari Fakulti Pergigian di Kolej Perubatan Melaka-Manipal di Malaysia memberitahu apa yang mereka dapati dalam Bukti Pod ini.

- Baca transkrip

Fail Digital Media ini diterjemahkan oleh Dr Bryan John Paulose dari BP Healthcare. Disunting oleh Prof Noorliza Mastura Ismail dari Kolej Perubatan Melaka Manipal.

Pesakit yang menjalani rawatan pergigian seringkali merasai ketidakselesaan refleks gag, dan ulasan Cochrane baharu pada Oktober 2015 mencari bukti tentang cara menguruskannya. Pengarang utama, Prashanti Eachempati dari Fakulti Pergigian di Kolej Perubatan Melaka-Manipal di Malaysia memberitahu apa yang mereka dapati dalam Bukti Pod ini.

Refleks gag adalah mekanisme pertahanan luar kawal untuk melindungi farinks dan tekak dari objek asing. Ia adalah fenomena semulajadi, tetapi refleks gag yang keterlaluan boleh menjadi masalah kepada doktor gigi dan pesakit semasa prosedur pergigian. Kebanyakan prosedur boleh menyebabkan gag misalnya mengambil impresi gigi, menyediakan gigi untuk prosedur restoratif, cabutan dan mengambil radiograf intra-oral. Banyak strategi pengurusan telah dicadangkan untuk mengawal gag sejak beberapa dekad, tetapi seperti yang ditemui dalam ulasan ini, hanya sebilangan kecil yang melalui penyelidikan yang mantap. Beberapa strategi termasuklah ubat anti-loya, sedative, anesthesia local dan umum, ubat herba, terapi tingkahlaku “acupressure”, akupunktur, dan peranti prostetik. Walaupun kualiti bukti keseluruhan adalah rendah, oleh kerana saiz sampel yang kecil dan kadar peristiwa yang rendah, akupunktur pada P6 tidak menunjukkan ia lebih baik atau lebih teruk berbanding akupunktur palsu bagi kejayaan menamatkan prosedur pergigian tanpa sebaranga masalah gag. Tiada juga pengurangan purata gag yang dilaporkan oleh penilai dalam ketiga-tiga peringkat atau hasil laporan pesakit.

Para penulis ingin menilai kesan-kesan intervensi farmakologi dan bukan farmakologi pengurusan gag dalam kalangan orang yang menjalani rawatan pergigian, yang berjaya menyelesaikan prosedur pergigian, pengurangan tahap keterukan gag dan tindakbalas buruk. Walau bagaimanapun, mereka hanya menemukan satu kajian rawak. Ini telah dilakukan di Brazil pada 2013, dengan hanya 33 peserta. Kajian menilai kesan akupunktur pada titik P6 berbanding akupunktur palsu yang tidak menembusi. Hasil relevan yang dilaporkan adalah pengurangan loya berdasarkan indeks keterukan gag, indeks pencegahan gag dan skala analog visual dan mereka berupaya mendapat maklumat terus dari para penulis tentang hasil utama kajian: kejayaan menyelesaikan rawatan pergigian tetapi tiada butiran bagi sebarang kesan buruk. Walaupun kualiti keseluruhan bukti adalah sangat rendah, disebabkan oleh saiz sampel yang agak kecil dan kadar kejadian yang rendah, akupunktur pada P6 tidak menunjukkan ia adalaj lebih baik, atau lebih teruk berbanding akupunktur palsu untuk kejayaan menyelesaikan prosedur pergigian tanpa sebarang masalah gag. Tidak ada juga pengurangan purata gag seperti yang dilaporkan oleh penilai dalam ketiga-tiga peringkat atau dalam hasil yang dilaporkan oleh pesakit.
Secara ringkas, keputusan ulasan Cochrane ini adalah tidak cukup untuk menentukan sama ada akupunktur di P6 mungkin berkesan mengurangkan gag dan berjaya menyelesaikan impresi maksila dan penulis tidak dapat menyatakan cara-cara lain yang telah dicuba untuk pengurusan refleks gag. Kajian rawak yang dirancang dengan baik adalah perlu untuk intervensi-intervensi tersebut, dengan ukuran dan laporan variabel yang lebih jelas dan seragam.

Maklumat tentang kajian rawak tunggal yang dimasukkan dalam versi ulasan terkini ini bersama-sama butiran carian yang meluas oleh penyelidik Cochrane boleh ditemui dalam ulasan penuh, yang boleh anda dapati di Perpustakaan Cochrane dot com, dengan carian mudah untuk 'refleks gag'. Di situ juga merupakan tempat untuk mencari ulasan kemas kini masa depan jika ada penambahan kajian rawak.

Tutup transkrip