Fail Media Digital: Saliran autogenik untuk pembersihan saluran udara dalam fibrosis sistik

Lebih daripada 100 ulasan Cochrane berkenaan intervensi untuk orang dengan fibrosis sistik kini sedang dijalankan, dengan hampir sembilan puluh diterbitkan sepenuhnya. Pada bulan Oktober 2017, senarai ini ditambah dengan ulasan tentang kesan teknik pernafasan yang dikenali sebagai saliran autogenik. Kami meminta penulis utama, Pamela McCormack dari Alder Hey Children's Hospital di Liverpool di UK, untuk memberitahu kami apa yang mereka jumpai.

- Membaca transkrip

Selamat sejahtera, saya Wong Chun Hoong dari International Medical University, menterjemahkan dan merakamkan fail media digital ini. Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman dari Universiti Sains Malaysia.
Lebih daripada 100 ulasan Cochrane berkenaan intervensi untuk orang dengan fibrosis sistik kini sedang dijalankan, dengan hampir sembilan puluh diterbitkan sepenuhnya. Pada bulan Oktober 2017, senarai ini ditambah dengan ulasan tentang kesan teknik pernafasan yang dikenali sebagai saliran autogenik. Kami meminta penulis utama, Pamela McCormack dari Alder Hey Children's Hospital di Liverpool di UK, untuk memberitahu kami apa yang mereka jumpai.

Fibrosis sistik, atau CF, adalah gangguan genetik yang menjejaskan paru-paru, menghasilkan lendir yang tebal dan melekit. Ini boleh membawa kepada jangkitan dan keradangan yang berterusan, merosakkan saluran pernafasan dan fungsi paru-paru dari masa ke masa. Fisioterapi dapat membantu membersihkan saluran pernafasan lendir dan terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk melakukannya. Seperti yang dikatakan oleh John, kami memeriksa saliran autogenik, yang merupakan teknik pernafasan yang terkawal dengan menggunakan kedalaman dan kelajuan nafas yang berbeza untuk mengeluarkan lendir daripada saluran udara, menyebabkan batuk spontan atau sukarela.
Para penyelidik mengumpulkan data yang telah dikumpulkan daripada 208 orang dengan CF, daripada tujuh kajian. Mereka mempunyai pelbagai jenis penyakit dan berusia dari tujuh hingga 63 tahun, dengan kajian yang berlangsung dari empat hari hingga dua tahun. Semua kajian membandingkan saliran autogenik dengan satu atau lebih kaedah pembersihan saluran udara yang lain dan, walaupun kita berminat dalam perbandingan dengan senaman, tiada kajian yang membandingkan saliran autogenik ini.
Matlamat utama penyelidik adalah untuk mengkaji kesan saliran autogenik keatas ukuran fungsi paru-paru dan kualiti hidup orang dengan CF dan untuk mengetahui sama ada ia melakukan dengan lebih baik ataupun sebaliknya, daripada teknik fisioterapi lain untuk membersihkan paru-paru. Walau bagaimanapun, kami tidak menjumpai bukti jelas bahawa saliran autogenik adalah lebih baik daripada teknik pembersihan saluran udara lain untuk menambahbaik fungsi paru-paru atau kualiti hidup. Ini juga berlaku untuk langkah-langkah hasil sekunder seperti kemasukan hospital, rawatan antibiotik tambahan, toleransi senaman dan ketepuan oksigen, tetapi dalam satu kajian saliran autogenik, saliran keluar adalah teknik pilihan berbanding dengan saliran postur dan perkusi. Walau bagaimanapun, perlu diketahui bahawa terdapat sedikit maklumat berkenaan langkah-langkah hasil sekunder kami kerana mereka tidak dilaporkan dalam semua kajian.
Kesimpulannya, penyelidik tidak mendapati bahawa saliran autogenik adalah lebih baik berbanding dengan sebarang kaedah pembersihan saluran udara yang lain. Walaupun ia mungkin dianggap sebagai alternatif dalam kumpulan pesakit yang disasarkan, seperti orang yang ingin lebih bebas dalam fisioterapi mereka, ia adalah teknik yang mencabar yang memerlukan komitmen daripada individu. Untuk bergerak ke hadapan dengan menentukan peranannya untuk pesakit dengan fibrosis sistik, kita memerlukan kajian yang lebih besar dan lebih lama. Ini harus membandingkan saliran autogenik kepada semua kaedah berkaitan dengan saluran udara yang lain, dan mengukur kesannya dengan hasil yang lebih bermakna untuk pesakit, termasuk fungsi paru-paru, kualiti hidup dan pematuhan terhadap rawatan.

Jika anda ingin membaca lebih lanjut tentang penyelidikan yang sedia ada dan untuk melihat kemas kini masa depan ulasan Pam jika kajian-kajian baru ini tersedia, cuma layari ke laman web Cochrane Library dot com dan cari 'Saliran autogenik dalam fibrosis sistik'.

Tutup transkrip
Share/Save