Podcast : Pengimejan saraf optik dan seratnya untuk diagnosis glaukoma

Pangkalan Ulasan Cochrane ini mengandungi puluhan ulasan tentang ketepatan ujian diagnostik dan pengimejan, bersama-sama dengan beribu-ribu ulasan tentang kesan rawatan. Pada bulan November 2015, kesemua ini telah ditambah dengan ulasan baru tentang peranti pengimejan untuk glaukoma.  Gianni Virgili, dari Universiti Florence di Itali, menceritakan tentang penemuan beliau dalam podcast ini.

- Baca transkrip

Salam sejathera. Saya Dr Raymond Chieng, dari Hospital Sibu, Sarawak.

Pangkalan Ulasan Cochrane ini mengandungi puluhan ulasan tentang ketepatan ujian diagnostik dan pengimejan, bersama-sama dengan beribu-ribu ulasan tentang kesan rawatan. Pada bulan November 2015, kesemua ini telah ditambah dengan ulasan baru tentang peranti pengimejan untuk glaukoma. Gianni Virgili, dari Universiti Florence di Itali, menceritakan tentang penemuan beliau dalam podcast ini.
Glaukoma adalah penyakit degeneratif progresif yang menjejaskan saraf optik dan menyebabkan kerosakan medan penglihatan secara beransur-ansur. Perkembangan penyakit tersebut boleh diperlahankan atau dihentikan dengan mengurangkan tekanan dalam mata dengan menggunakan ubat titis mata, rawatan laser atau pembedahan. Ulasan penyelidik ini adalah untuk melihat bukti untuk untuk membuat diagnosis glaukoma pada orang yang berisiko. Penyelidiktelah menilai tiga peranti pengimejan: ophthalmoskopi laser pengimbasan konfocal, polarimetri pengimbasan laser dan tomografi kepaduan optik, atau OCT; yang boleh mengukur struktur kepala saraf optik, ketebalan gentian saraf, atau kedua-duanya.
Para penyelidik mendapati 106 kajian yang diterbitkan sehingga Februari 2015, yang melibatkan lebih daripada 16,000 pesakit. Kebanyakan kajian menyiasat keberkesanaan OCT, dan kami mendapati bahawa ujian ini adalah lebih baik untuk mengesan glaukoma yang lebih teruk berbanding dengan glaukoma awal. Penggunaan dua kumpulan peserta yang mempunyai mata yang sihat dan yang mempunyai glaukoma dalam hampir semua kajian, dan bukannya penggunaan ujian ini dalam suatu siri pesakit yang berisiko glaukoma, boleh membuat anggaran yang berlebihan tentang ketepatan peranti ini.
Prestasi peranti-peranti tersebut berbeza merentasi kajian-kajian yang dimasukkan, tetapi secara keseluruhan mereka memberikan hasil yang serupa; di mana penyelidik dapat merumuskan seperti berikut. Dalam 1000 orang, di mana 200 mempunyai glaukoma yang nyata, contohnya mereka yang telah menjalani beberapa ujian fungsi atau anatomi oleh optometris, peranti tersebut akan terlepas kira-kira 60 daripada 200 pesakit yang mempunyai glaukoma, iaitu kepekaan sebanyak 70%. Peranti-peranti tersebut akan menyalahkan 50 daripada 800 pesakit tanpa glaukoma. Ini memberi kekhususan peranti tersebut sebagai 95%. Jika kelaziman glaukoma adalah lebih rendah, katakan 5% dan bukan 20%, dalam setiap 1000 orang yang mempunyai sejarah keluarga glaukoma, ini bermakna bahawa 15 daripada 50 pesakit dengan glaukoma yang nyata akan terlepas, dan 890 daripada 950 orang yang bukan glaukoma adalah tidak perlu dirujuk kepada pakar mata. Kebanyakan kajian melaporkan kepekaan untuk diagnosis glaukoma pada tahap kekhususan yang tinggi, seperti yang laporkan oleh penyelidik di atas, tetapi tidak memberi nilai pemotongan di mana ukuran ketepatan tersebut diperolehi.
Sebagai kesimpulan, penyelidik merasakan bahawa penemuan mereka harus dianggap sebagai penerokaan pada masa ini, dan mereka mengesyorkan agar kajian ketepatan diagnostik yang lebih lanjut harus dijalankan. Kajian-kajian ini harus memasukkan lebih banyak maklumat mengenai pemilihan pesakit dan kesan daripada keputusan positif palsu dan negatif palsu ujian dalam persekitaran dimana ujian diagnostik itu dijalankan .
Jika anda ingin membaca dengan lebih lanjut mengenai kajian yang telah dilakukan dan tiga jenis
pengimejan yang berbeza tersebut, anda boleh mencari ulasan penuh di internet. Sila layari Cochrane Library dot com dan cari 'pengimejan glaukoma'

Podcast ini telah diterjermahkan oleh saya dan disunting oleh Tan May Loong dari podcast asal yang bertajuk "Tests for imaging the optic nerve and its fibres for diagnosing glaucoma"

Tutup transkrip