Podcast : Pemberhentian perencat calcineurin atau penirusan untuk penerima pemindahan buah pinggang

Apabila pesakit menerima pemindahan buah pinggang, ada kemungkinan tubuh mereka akan menolak organ baharu ini dan pelbagai rawatan diguna untuk mencegahnya. Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Dalam ulasan Cochrane baharu pada Julai 2017, Krishna Karpe dan rakan sekerja dari Hospital Canberra di Australia melihat bukti untuk mengurangkannya bagi kumpulan ubat yang dikenali sebagai perencat Calcineurin. Krishna memberitahu apa yang mereka temui.

- Baca transkrip

Selamat sejahtera, saya Wong Chun Hoong dari International Medical University, menterjemahkan dan merakamkan fail media digital ini. Disunting oleh Noorliza Mastura Ismail.

Apabila pesakit menerima pemindahan buah pinggang, ada kemungkinan tubuh mereka akan menolak organ baharu ini dan pelbagai rawatan diguna untuk mencegahnya. Walau bagaimanapun, rawatan-rawatan ini boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini. Dalam ulasan Cochrane baharu pada Julai 2017, Krishna Karpe dan rakan sekerja dari Hospital Canberra di Australia melihat bukti untuk mengurangkannya bagi kumpulan ubat yang dikenali sebagai perencat Calcineurin. Krishna memberitahu apa yang mereka temui.

Perencat Calcineurin (atau CNI) digunakan untuk penerima pemindahan buah pinggang bagi mengurangkan penolakan akut dan mencegah kehilangan segera buah pinggang yang dipindahkan, tetapi ia mempunyai kesan buruk seperti kenaikan tekanan darah dan peningkatan risiko jangkitan dan kanser. CNI jangka panjang juga boleh menyebabkan parut di buah pinggang, yang boleh menyumbang kepada kerosakan kronik buah pinggang yang dipindahkan. Toksisiti CNI telah menyebabkan sejumlah besar kajian penarikan CNI dan kesan menggunakan dos CNI yang lebih rendah. Sesetengah kajian juga menyiasat penambahan agen tambahan, seperti perencat rapamycin sasaran mamalia, atau mTOR-I. Walau bagaimanapun, masih terdapat ketidakpastian dan kami berharap ulasan Cochrane kami akan membantu bergerak ke hadapan. Kami menyiasat manfaat dan mudarat penirusan CNI atau penarikan dari segi kehilangan buah pinggang yang dipindahkan atau graf, episod penolakan akut, kesan sampingan dan kematian. Kami mencari semua kajian rawak di mana rejimen ubat CNI piawaian dibandingkan dengan penarikan diri daripada CNI, mengelakkan atau dos rendah dan mendapati 83 kajian yang layak. Ini melibatkan lebih daripada 16,000 penerima pemindahan buah pinggang, dan kami mengklasifikasikannya kepada empat kumpulan: penarikan diri daripada CNI dengan atau tanpa penggantian dengan mTOR-I; dan dos CNI yang rendah dengan atau tanpa mTOR-I. Kumpulan penarikan diri selanjutnya dibahagikan kepada mengelakkan CNI dan penarikan diri yang lewat apabila kami menganalisis hasil utama.
Mengelakkan CNI mengakibatkan penolakan graf akut tetapi tidak memberi sebarang perbezaan kepada kehilangan graf. Pemberhentian CNI menyebabkan penolakan yang lebih akut tanpa perubahan dalam kematian, jangkitan cytomegalovirus (CMV) atau kanser, tetapi terdapat pengurangan hipertensi dan kehilangan graf. Pemberhentian CNI apabila digabungkan dengan mTOR-I meningkatkan penolakan akut dan mungkin mengurangkan risiko jangkitan cytomegalovirus dan kanser. Rejimen dos CNI yang rendah mengurangkan kehilangan graf tanpa sebarang peristiwa buruk yang besar untuk jangka pendek. Dos CNI yang rendah apabila digabungkan dengan mTOR-I mungkin mengurangkan kehilangan graf tetapi tiada perbezaan antara penolakan akut, kematian atau kemalignanan.
Secara ringkas, penarikan CNI meningkatkan penolakan graf akut tetapi mengurangkan kehilangan graf sekurang-kurangnya dalam jangka pendek. Dos CNI rendah dengan rejimen induksi mengurangkan penolakan akut dan kehilangan graf tanpa sebarang peristiwa buruk yang besar, juga dalam jangka pendek. Penggunaan mTOR-I dengan penarikan CNI atau dos CNI rendah mengurangkan jangkitan CMV tetapi meningkatkan risiko penolakan akut. Walau bagaimanapun, kesimpulan kami adalah terhad oleh kualiti bukti keseluruhan, yang kami nilaikan sebagai rendah hingga sederhana dan kekurangan data jangka panjang dalam kebanyakan kajian-kajian.

Jika anda ingin membaca dengan terperinci mengenai kesimpulan Krishna, termasuk penyenaraian penuh kesemua 83 kajian yang dimasukkan, sila layari laman web Cochrane Library dot com dan cari 'CNI dan pemindahan buah pinggang'.

Tutup transkrip