Fail Media Digital: Perundangan larangan merokok untuk mengurangkan bahaya daripada pendedahan asap rokok tangan kedua, kekerapan merokok, dan penggunaan tembakau

Kebelakangan ini salah satu langkah kesihatan awam yang paling jelas di beberapa buah negara adalah larangan merokok di tempat awam seperti restoran-restoran. Suatu ulasan Cochrane memeriksa kesan-kesan kesihatan daripada larangan ini dan ianya telah dikemaskinikan pada Februari 2016. Kami bertanya Kate Frazer dari University College Dublin di Ireland, negara pertama di dunia yang memperkenalkan salah satu larangan kebangsaan tersebut, untuk memberitahu kami tentang bukti asas yang sedang berkembang dan penemuan terbaru.

Dr Kate Frazer telah dianugerahkan Biasiswa Latihan Cochrane (Cochrane Training Fellowship) dan menerima pembiayaan daripada Lembaga Penyelidikan Kesihatan (Health Research Board), Ireland untuk melaksanakan kemas kini Ulasan Cochrane ini.

Berkongsi/Menyimpan