Fail Media Digital: Teknik untuk pembedahan caesarean yang sukar

Pembedahan caesarean adalah salah satu prosedur pembedahan yang lazim dan agak mudah. Walau bagaimanapun, masalah boleh timbul dan ulasan Cochrane yang dikemaskini pada Januari 2016 melihat kepada intervensi yang mungkin boleh membantu dalam keadaan-keadaan tersebut. Heather Waterfall dari Hospital Lyell McEwin di Elizabeth, Australia Selatan, menerangkan penemuan beliau.

Podcast ini telah diterjermahkan oleh Raymond Chieng (Kolej Perubatan Melaka Manipal) dan disunting oleh Noorliza Mastura Ismail dari (Kolej Perubatan Melaka Manipal).

- Membaca transkrip

Salam sejathera. Nama saya Raymond Chieng, pelajar perubatan dari Kolej Perubatan Melaka Manipal.

Pembedahan caesarean adalah salah satu prosedur pembedahan yang lazim dan agak mudah. Walau bagaimanapun, masalah boleh timbul dan ulasan Cochrane yang dikemaskini pada Januari 2016 melihat kepada intervensi yang mungkin boleh membantu dalam keadaan-keadaan tersebut. Heather Waterfall dari Hospital Lyell McEwin di Elizabeth, Australia Selatan, menerangkan penemuan beliau.

Dalam kebanyakan pembedahan caesarean, bayi dilahirkan tanpa trauma melalui insisi rahim. Tetapi, masalah mungkin timbul, terutamanya selepas tempoh pelahiran yang panjang, akibat kebengakan tisu ibu atau bayi, dan kedudukan kepala bayi yang jauh ke dalam pelvis ibu. Bayi itu mungkin sukar untuk dikeluarkan melalui insisi rahim, dengan peningkatan risiko trauma bagi kedua-dua ibu dan bayinya.
Teknik yang berbeza telah dijelaskan untuk membantu mengeluarkan kepala bayi semasa pembedahan caesarean. Teknik bergantung kepada lokasi kepala, sama ada ia 'terapung bebas ", (yang mungkin berlaku semasa caesarean elektif) atau terimpak ke dalam, seperti selepas tempoh pelahiran yang berpanjangan.
Kami menyiasat tiga jenis intervensi untuk mengeluarkan bayi semasa pembedahan caesarean yang sukar. Penggunaan tokolisis; penggunaan forsep, vakum atau pengeluaran manual dengan tekanan fundus semasa kelahiran caesarean elektif dan penngunaan penolakan kepala bayi berbanding pengekstrakan songsang terbalik jika kepala bayi terimpak ke dalam semasa pembedahan caesarean kecemasan. Hasil utama adalah trauma kelahiran, tetapi penyelidik juga ingin menilai kesan terhadap kehilangan darah, insisi rahim lanjutan dan tempoh tinggal di hospital.
Kami mendapati tujuh kajian rawak terkawal, melibatkan hampir 600 wanita yang menjalani pembedahan caesarean. Kualiti kajian-kajian tersebut adalah pelbagai, dengan sesetengah kajian tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana perawakan dibuat atau sama ada kaedah pembutaan telah digunakan apabila hasil kajian diukur atau direkodkan.
Satu kajian rawak terkawal membandingkan tokolisis dengan tanpa tokolisis. Kajian ini melibatkan 97 wanita dan menggunakan perbandingan tiga hala antara dua dos nitrogliserin yang berbeza dengan plasebo pada masa pembedahan caesarean untuk memudahkan pengeluaran. Trauma kelahiran tidak dilaporkan, dan tiada perbezaan yang ketara dalam kesan terhadap ibu.
Dua kajian telah menyiasat penggunaan instrumen, sama ada vakum atau forsep, untuk pembedahan caesarean elektif, tetapi hanya satu daripada dua kajian menyiasat keselamatan dan kemudahan pengeluran dengan instrumen berbanding tekanan fundus. Tiada perbezaan dalam trauma kelahiran bagi bayi atau ibu.
Dalam kes pembedahan caesarean untuk pelahiran terhalang, penyelidik mendapati empat kajian yang membandingkan pengekstrakan songsang terbalik berbanding penolakan dari faraj. Dalam tiga kajian yang melaporkan trauma kelahiran bayi, tiada perbezaan didapati antara teknik-teknik yang digunakan. Walau bagaimanapun, hasil lain menunjukkan pengekstrakan songsang terbalik mungkin lebih baik untuk ibu dan bayi. Bagi ibu-ibu, risiko endometritis dan insisi rahim lanjutan telah menurun secara ketara dengan pengekstrakan songsang terbalik; dan bayi kurang cenderung untuk dimasuk ke nurseri penjagaan khas atau unit rawatan rapi neonatal. Dua daripada empat kajian telah dilakukan di Yemen dan Nigeria, di mana pelahiran terhalang masih lazim, dan dua kajian yang lain adalah dari Iran. Ini menyukarkan untuk mengetahui sama ada keputusan kajian tersebut boleh diaplikasi di unit obstetrik negara-negara berpendapatan tinggi.
Secara ringkas, kami telah menemui bukti terhad untuk menyokong penggunaan tokolisis, forsep atau vakum untuk caesarean elektif. Walau bagaimanapun, jika kepala bayi terimpak ke dalam pelvis, terdapat bukti terhad dari negara-negara berpendapatan rendah atau sederhana di mana pengekstrakan songsang terbalik dan bukannya penolakan kepala dari faraj memberi manfaat untuk ibu dan bayi.

Jika anda ingin melihat dengan lebih terperinci mengenai bukti untuk teknik-teknik ini, anda boleh mencari versi penuh ulasan Cochrane di laman web Cochrane Library dot com, dengan mencari 'pembedahan caesarean yang sukar’

Podcast ini telah diterjermahkan oleh Raymond Chieng (Kolej Perubatan Melaka Manipal) dan disunting oleh Noorliza Mastura Ismail dari (Kolej Perubatan Melaka Manipal) dari podcast asal yang bertajuk “Techniques for assisting difficult delivery at caesarean section”.

Tutup transkrip
Share/Save