Podcast : Ventilasi tidak invasif untuk orang dengan kegagalan pernafasan dengan serangan penyakit kronik paru-paru obstruktif (COPD)

Penyakit pernafasan, penyakit paru-paru obstruktif kronik, atau COPD, adalah satu beban kesihatan utama bagi pesakit dan sistem penjagaan kesihatan, dan terdapat beberapa ulasan Cochrane yang menilai bukti berkenaan pelbagai cara untuk merawatnya. Ini telah ditambahkan pada bulan Julai 2017 dengan mengemaskini ulasan yang dilakukan pada tahun 2004 yang melihat pada bukti-bukti untuk penggunaan sokongan pernafasan tekanan positif semasa serangan akut. Ini diketuai oleh Dr. Christian Osadnik, dari Universiti Monash di Melbourne, Australia, yang memberitahu kami apa yang mereka dapati dalam fail media digital ini.

- Baca transkrip

Selamat sejahtera, saya Wong Chun Hoong dari International Medical University, menterjemahkan dan merakamkan fail media digital ini. Disunting oleh Tuan Hairulnizam Tuan Kamauzaman.

Penyakit pernafasan, penyakit paru-paru obstruktif kronik, atau COPD, adalah satu beban kesihatan utama bagi pesakit dan sistem penjagaan kesihatan, dan terdapat beberapa ulasan Cochrane yang menilai bukti berkenaan pelbagai cara untuk merawatnya. Ini telah ditambahkan pada bulan Julai 2017 dengan mengemaskini ulasan yang dilakukan pada tahun 2004 yang melihat pada bukti-bukti untuk penggunaan sokongan pernafasan tekanan positif semasa serangan akut. Ini diketuai oleh Dr. Christian Osadnik, dari Universiti Monash di Melbourne, Australia, yang memberitahu kami apa yang mereka dapati dalam fail media digital ini.

Apabila orang dengan COPD mengalami serangan akut, mereka mungkin memerlukan rawatan di hospital, dan berisiko untuk mengalami kegagalan pernafasan yang mempunyai ciri tahap karbon dioksida yang tinggi dalam darah. Ini dikenali sebagai kegagalan pernafasan hiperkapnik akut dan boleh mengancam nyawa. Sokongan pernafasan tekanan positif adalah salah satu rawatan biasa yang digunakan untuk merawat keadaan ini. Ini boleh diberikan secara invasif menggunakan ventilasi mekanikal bersama-sama dengan intubasi endotrakeal, yang melibatkan memasukkan tiub untuk menyalurkan oksigen secara langsung ke paru-paru seseorang, atau lebih mudah, oleh ventilasi tidak invasif atau NIV yang menyalurkan udara melalui topeng yang dilekatkan pada seseorang muka. Terdapat beberapa kelebihan potensi merawat individu melalui NIV, tetapi terdapat beberapa perbahasan yang masih berkaitan dengan keberkesanan dan keselamatannya. Kami menjalankan ulasan kami untuk mencuba menjelaskannya dan mendapati bahawa terdapat bukti kualiti sederhana yang memihak kepada NIV.
Penyelidik melihat kesan penambahan NIV kepada rawatan biasa keatas kematian dan keperluan untuk intubasi, serta tempoh orang tinggal di hospital dan perubahan pada pernafasan mereka. Kami dapat memasukkan 17 kajian rawak yang melibatkan lebih daripada 1200 peserta dari Eropah, Asia dan Amerika.
Bukti menunjukkan terdapat faedah NIV pada kedua-dua kematian dan intubasi endotrakeal, sehingga penggunaannya untuk 12 orang akan mengurangkan satu kematian, sementara terdapat satu intubasi yang kurang untuk setiap lima orang yang menggunakan NIV. Penggunaan NIV juga dikaitkan dengan pengurangan 3 hari berada di hospital, manfaat lain yang berkaitan dengan pernafasan seseorang dan tiada kebimbangan keselamatan yang jelas.
Secara ringkasnya, penyelidik telah mengumpulkan satu badan bukti yang kukuh untuk menyokong NIV sebagai rawatan baris pertama bagi pesakit yang hadir ke hospital dengan kegagalan pernafasan hiperkapnik akut disebabkan oleh serangan COPD. Faedah-faedahnya adalah besar dan mempunyai kepentingan klinikal yang tinggi, dan analisis subkumpulan kami memberi jaminan bahawa ia digunakan secara meluas dalam pelbagai peringkat keterukan serangan dan persekitaran klinikal yang berbeza di mana orang itu dirawat.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang bukti yang menarik ini, anda boleh mencari pautan ke ulasan penuh dalam talian dengan hanya mencari 'Cochrane dan COPD NIV'.

Tutup transkrip