Podcast : Mencegah stres pekerjaan dalam kalangan petugas kesihatan

Di samping melihat apa yang boleh dilakukan oleh petugas kesihatan untuk membantu pesakit, Perpustakaan Cochrane juga mempunyai sorotan tentang cara-cara yang boleh digunakan oleh petugas kesihatan untuk membantu diri mereka sendiri. Satu pasukan yang dipimpin oleh Jani Ruotsalainen dari Institut Kesihatan Pekerjaan Finland telah menjalankan satu sorotan yang melihat kepada pencegahan stres pekerjaan. Sorotan ini telah dikemaskinikan pada bulan Disember 2014.